Kajian dari 10,000 orang yang ditemubual menunjukkan bahawa 65.3 peratus dari rakyat Selangor berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin PR tidak bersefahaman dalam menangani isu, sementara 66.4 peratus berkata masalah sosial meningkat sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.
Lima puluh lima peratus lagi merasakan PR tidak dapat menyelesaikan masalah seperti murtad dan masalah berkaitan dengan agama.
Kajian menunjukkan di kawasan seperti Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok, Dengkil dan Meru mengatakan bahawa 45.4 peratus akan menyokong BN dalam pilihan raya, 37.3 peratus akan menyokong PR sementara 17.3 lagi tidak pasti.
Sementara itu di Kedah, 51 peratus dari rakyat yang ditemubual mengatakan Menteri Besar (MB) merupakan seorang yang baik, namun, 63 peratus mengatakan bahawa tidak ada kesefahaman antara kepemimpin PAS dalam memerintah Kedah.
Enam puluh lapan peratus lagi mengatakan kerajaan Kedah tidak efisyen, dan 80 peratus mengatakan tentang kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak mengambil berat tentang isu persekitaran terutamanya pembalakan.
Lima puluh lapan peratus mengatakan bahawa penyelenggaraan infrastruktur yang tidak cekap, sementara 72.8 peratus lagi mengatakan bahawa kerajaan tidak prihatin tentang isu rakyat.
Enam puluh sembilan peratus mengatakan bahawa BN akan menang pilihan raya dengan 37.5 peratus mengatakan bahawa BN akan menang 2/3 majoriti, manakala 32.1 lagi berkata BN menang majoriti mudah.
Dari segi Dun pula, 54.1 peratus akan dimenangi oleh BN, 14.4 peratus akan dimenangi oleh PAS, manakala 3 peratus lagi akan mengundi PKR.
Dari segi undi Parlimen pula, 57 peratus mengatakan BN akan menang, 20.6 peratus memilih PR sementara itu 22.4 peratus tidak pasti.
Antara sebab-sebab kenapa rakyat memilih BN kerana interaksi antara Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook, serta dasar-dasar mesra rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan sebagainya.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.
Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.
Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.
"Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, " katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk 'PRU13: Malaysia Pilih Siapa?'. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk 'Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?'.
Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.
Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar.
"Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya.
"Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung," katanya.Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus.- SH
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone