SELEPAS sekian lama menyepi, aktivis pro Umno yang pernah mengusung kek 'tahi manusia' lalu diberikan kepada kakitangan awam di Komtar pada hujung tahun lepas sekali lagi melancar ugutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi.
'Ghani Kulit' atau nama sebenarnya Mohamed Ghani Abd Jiman mendesak penguatkuasa berwajib Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memulangkan 'aksesori kulit terlarang atau haram' yang dirampas sebelum ini sebelum ini sesegera mungkin.
Beliau berdalih, aksesori-aksesori yang kononnya bernilai RM85,000 itu mengakibatkan beliau rugi dalam perniagaan sehingga hari ini.
"Kalau tak pulang (barang-barang kulit itu), saya akan bawa gelombang kedua...lebih ramai lagi (akan berdemontrasi) ke sini (Komtar)," ujar Abdul Ghani di Aras 3, Komtar, George Town yang menempatkan lobi Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Abdul Ghani ditemani oleh seorang lelaki misteri sahaja semasa melancarkan ugutan terhadap pentadbiran Guan Eng.
8 Disember tahun lepas, delagasi Abdul Ghani menghadiahkan kek 'tahi manusia' kepada kakitangan kerajaan sempena Hari Lahir Guan Eng.
Abdul Ghani berkata, replika kek tahi manusia itu hanya layak dihadiahkan kepada Guan Eng atas dalih Ketua Menteri itu enggan melayan desakan kosongnya itu.
"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujarnya dipetik dari blog Anak Sungai Derhaka.
Selepas insiden kontroversi serta melampau itu, Abdul Ghani menerima pertikaian daripada banyak pihak, termasuk kakitangan kerajaan pusat serta beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional sendiri hatta beliau dilihat berdiam diri begitu lama.
Insiden terbaru Abdul Ghani pagi tadi dijangka sekali lagi menggamit rakyat untuk menilai wibawa Abdul Ghani membantu Umno 'mengusik' integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Umporno ibarat tahi dan kentut, jika dipisahkan apa jadi? Lu fikirla sendiri..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit
Dan Tidak Menyeluruh
-
*KUALA LUMPUR:* Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara
dilih...
2 hours ago