SharpShooter Followers

Wednesday, July 04, 2012

Kes Liwat 2 ternyata fitnah jahat umporno

Penghakiman bertulis berhubung kes Fitnah II melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti jelas menunjukkan tuduhan tersebut hanya fitnah jahat didalangi Umno.

“Penghakiman itu selari dengan pendirian kita yang menyatakan sememangnya itu merupakan satu fitnah,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau mengulas penghakiman bertulis oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam perbicaraan kes Fitnah II Anwar yang mendapati mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya berhubung integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Justeru, saya menuntut agar kes rayuan oleh Peguam Negara digugurkan segera kerana kes tersebut tiada bukti,” tegasnya

Surendran juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhenti menggunakan polis dan badan kehakiman sebagai medium untuk menjatuhkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

“Najib harus berlawan secara adil, gunakan DEBAT dan sebagainya, bukan melalui cara salah dan jahat,” kata Surendran lagi.

Dalam penghakiman bertulis 80 muka surat oleh Zabidin semalam, beliau menyatakan mahkamah tidak ada keterangan untuk menyokong tuduhan Saiful yang kononnya ada berlaku penetrasi.

“Ini adalah satu kesalahan seksual, ia adalah undang-undang lapuk yang mahkamah sentiasa enggan untuk mensabitkan orang yang dituduh semata-mata atas keterangan pengadu (Mohd Saiful) yang tidak disokong.

“Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” kata Zabidin dalam penghakiman itu.

Pada 9 Januari lepas, Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah bekas pembantunya, Saiful hasil ciptaan kerajaan Umno BN.





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/