SharpShooter Followers

Wednesday, July 18, 2012

Benarkah Uncleseekers penagih dadah?

Pada 6 Julai 2012, polis Johor telah mengeluarkan kenyataan bahawa Uncleseekers telah didapati positif dadah. Dia didapati mengambil dadah jenis morfin. Semua suratkhabar memuatkan berita yang sama.

Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin.-Utusan

Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin- Sinar Harian

Penulis blog yang ditahan untuk siasatan berhubung kenyataan memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dikesan positif dadah jenis morfin – Berita Harian

Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin – Mstar

Kalau dah empat suratkhabar melaporkan berita yang sama, tak kan bohong kot?

Cuba tengok suratkhabar hari ini. Uncleseekers ditahan semula dibawah akta hasutan. Tak ada cerita langsung tentang kes dadah morfin.

Dari mula aku tak percaya Uncleseekers mengambil dadah morfin. Kalau takat ganja aku tak berani nak kata la.

Pasai apa aku tak percaya Uncleseekers ambil morfin sedangkan aku tak kenal dia? Itu pasai aku suka internet, blog dan Facebook.

Nama aku dalam kad pengenalan ialah Afandi Ahmad. Tapi nama tu bukan aku yang pilih. Nama itu adalah pilihan bapak aku dan sebab apa dia pilih nama itu..melambangkan peribadi bapak aku.

Tahun 1959, penyanyi terkenal masa tu ialah S. Efendi. Bapak aku minat sangat dengan nama tu, lalu dia pun menamakan anaknya Efendi. Tapi oleh kerana kerani pendaftaran tak tau macam mana nak eja, dia tulis "Afandi". Wei..kalau ikut jawi, alif, fa, nun, dal, ya. Efendi boleh, Afandi boleh, Ofandi pun boleh.

Nama anak-anak mencerminkan peribadi ibubapa. Kalau anak itu bernama Mahathir, Anwar, Nik Aziz…hangpa boleh teka pegangan politik bapak itu dengan tepat. Tu pasai ada member yang tukar nama dia dari Najib kepada Bijan.ha.ha. sebab aku boleh teka bapak dia mesti kontraktor kelas F.

Walaupun aku tak suka nama "Afandi", tapi aku tak boleh tukar nama tu. Kalau boleh..dah banyak kali aku tukar. Mungkin masa berumur belasan tahun dulu, aku bubuh nama Jerman. Klaus Meine.  Bila berumur 30an, aku tukar kepada Ebeit.

Tapi sejak berumur 40an, tiba-tiba ada internet dan internet memerlukan username untuk mengakses pelbagai aplikasi. Pertama sekali, kena ada email. Masa tu, aku pilih nama "Matsamankati"

Pasai apa aku pilih nama Matsamankati? Tak ada nama lain ka?

Haji Mat Saman Kati sebenar merupakan bekas seorang guru ugama. Pernah menjadi penasihat kepada Sultan Perak. Pernah ditawarkan menjadi Mufti Perak tetapi menolak.

Apa yang membuatkan aku minat kepada Haji Mat Saman Kati ialah sikap rebelnya. Kalau dalam keadaan biasa, bila Khatib sedang membaca khutbah, tak ada sesiapa pun dibenarkan bersuara. Kalau bersuara, tak guna sembahyang Jumaat. tapi Matsamanakati boleh bangkit dan bagi tau Khatib supaya berhenti baca khutbah sebab khutbah tu dirasakannya tak betul.

Dia pernah dihalau oleh Sultan Idris sebab dia bagi tau kat Sultan bahawa perbuatan Sultan tak betul. Tapi akhirnya Sultan ambik dia balik.

See….Dia tak peduli hilang  jawatan ka, hilang mata pencarian ka…mampuih pi la. Janji dia buat apa yang dia nak buat.

Nama Matsamankati yang aku pilih sebab ia juga melambangkan peribadi aku. Aku tak peduli sama ada orang tu Presiden Pas ka..Presiden PKR ka…Pengerusi DAP ka.Mampuih pi la.

Bila aku berkawan dengan ramai blogger, aku cuma kenal nama maya depa. Tapi itu sudah lebih dari cukup. Nama maya mencerminkan peribadi blogger itu sebab itu nama yang depa pilih.

Bila aku dengar nama "Sharpshooter", yang ni bahaya sikit. Kalau dia tembak, mesti kasi mati punya. Hasilnya, Fairus yang jadi Timbalan Ketua Menteri Penang pun tumbang. Rais Yatim pun kena tembak..tapi nasib baik Rais Yatim pakai baju kalis peluru.

Bila tengok nama Chor Sniper atau Pena Celoreng, belum jumpa pun boleh teka sapa depa. Mesti ada kaitan dengan askar.

Bila tengok nama Hadie Manchester, yang ni toksah cakap pasai politik sangat la. Kalau nak sembang pasai bola, pukui tiga pagi pun takpa.

Kalau dia bagi nama mayanya bermula dengan Ibnu..jangan cakap pasai Umno baik. Naya kena katok.

Begitu jugak kalau yang perempuanya mempunyai nama maya seperti Ummu atau Ummi…gerenti hijau punya.

Nama-nama maya ini dipilih sendiri oleh blogger untuk melambangkan sapa diri mereka.

Hangpa pernah baca tulisan Matsamankati pasai Cristiano Ronaldo? Pasai Lionel Messi? Pasai Hassan al-Bana? Mati hidup balik hangpa tak jumpa pasai bukan itu yang dia minat.

Pernah baca artikel Ummu Asiah tentang Rod Stewart atau Ian Gillan? Takkan jumpa punya.

Hangpa percaya tak kalau aku kata, Ummu Asiah kaki dangdut?

Hangpa percaya tak kalau aku kata Ummi Anni kaki karaoke?

Hangpa percaya tak kalau aku kata Wan Ji Wattaaddudi tu kaki Black Metal?

Mati hidup balik hangpa takkan percaya sebab nama maya dan keperibadian itu bercanggah.

Begitu juga tentang Uncleseekers. Pasai apa dia tak pilih nama Uncle Sam? Pasai apa dia pilih nama Seekers? Sebab Seekers itu melambangkan keperibadianya. Jadi bila polis kata dia positif morfin…aku gelak saja la. Tapi kalau polis kata dia ni adik beradik pelesit, aku boleh percaya.

Sama juga dengan Khairul Afandi a.k.a Jayanegara. Kalau dikaji tentang  "Jayanegara", itu nama yang agak serius sikit. Ada kaitan dengan nama pemerintah Majapahit dulu. Tapi kalau nak kata dia nak jadi Imam Mahadi, yang tu susah sikit la aku nak percaya.

Sekarang ni, blog makin berkurangan tapi makin lama makin banyak Facebookers. Kalau Facebookers itu menyiarkan nama sebenar dan gambar sebenar, yang tu aku tak takut…sebab boleh dibawa berbincang kalau ada perselisihan.

Kalau aku jadi pemimpin, yang aku takut ialah mereka yang bubuh topeng Guy Fawkes. Yang bubuh gambar Che Guevara. Yang bubuh imej jihadis. Sebab orang macam ni tak takut mati.

Tapi kalau yang dok bubuh gambar 1 kat merata-rata tempat tu…gerenti Umno totok. Yang ni tak payah rayu undi la.

Yang susah nak teka dan boleh dikategorikan sebagai pengundi atas pagar…anak muda yang menggunakan nama maya depa entah nama apa-apa. Ada nama Jepun, ada nama Korea.

Dan nama-nama pelik ini semakin lama semakin banyak. Tu pasai aku kata…pengundi atas pagar semakin lama semakin ramai.

By the way…Parpukari tu Bugis ke Jawa?

Ingat Papagomo…ingat apa?

Oleh - MSK

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone