Kini giliran Anwar Ibrahim pula berbuat demikian, tetapi yang peliknya hanya TG Nik Aziz yang mula dulu bersuara membantah hasrat Anwar Ibrahim tetapi pimpinan Keadilan yang lain masih membisu.
Adakah mereka suka Anwar bersara? Bagaimana pula dengan Presiden Keadilan Dr Wan Azizah? Adakah beliau juga turut akan bersara dari arena politik?
Persoalannya adakah pimpinan Keadilan telah siap sedia mengatur strategi untuk mengambil alih jawatan Presiden jika Anwar dan Dr Wan Azizah bersara?
Adakah Azmin dan Saifudin Nasution akan bertanding jawatan Presiden? Adakah Azmin akan bergandingan dengan Zuraida dan Saifudin Nasution akan bergandingan dengan Fuziah Salleh atau Nurul Izzah? Jangan marah nooo..hanya sekadar spekulasi..hahahaha..
Apapun yang penting sekarang adalah untuk menumbangkan rejim zalim umporno b-end pada PRU 13. Semoga Pakatan Rakyat terus bersatu menentang rejim zalim umporno b-end.
Yakinlah bahawa rakyat sudah buat keputusan untuk cipta sejarah terbesar dalam negara Malaysia. Sejarahnya apa? Sejarah terbesar adalah buat kali pertama Malaysia bukan lagi diperintah oleh umporno b-end tetapi diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Sinar Harian
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dibantah oleh pemimpin tertinggi Pas.
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kurang bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut yang mahu kembali menjadi pendidik kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar.
"Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.
"Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar.
Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!" katanya dipetik dari laman Facebooknya semalam.
Selasa lalu, dalam satu temubual khas yang disiarkan Financial Times, Anwar, 65, berkata, beliau akan meninggalkan politik dan kembali mengajar sekiranya PR gagal menumpaskan kerajaan BN.
Namun Anwar tidak pula menyatakan sama ada mahu mengajar di universiti dalam atau luar negara.
Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone