SharpShooter Followers

Friday, July 10, 2009

Buah Pala gergasi di P.Pinang.

Pokok Pala merupakan sejenis pokok Tropika Malar Hijau. Pokok Pala juga cukup terkenal di Balik Pulau, Pulau Pinang. Nama Saintifik bagi buah Pala ialah "Myristica Argentea, Myristica Fragrans & Myristica Malabarica. Buah Pala sebenarnya ialah biji pokok yang berbentuk seakan-akan telur..Panjangnya ialah 20-30mm dan lebarnya ialah 15-18mm. Pokok Pala biasanya ditanam di atas bukit. Ketinggiannya boleh mencecah hingga 40 kaki. Pokok Pala mangambil masa selama 7 tahun untuk menghasilkan buah.

Khasiat Buah Pala.
Pala merupakan rempah yang memiliki khasiat sebagai ubat. Bahagian tumbuhan yang boleh dimanfaatkan sebagai ubat adalah buah dan bijinya. Menurut pakar tanaman ubat, Prof Hembing Wijayakusuma dalam bukunya Khasiat Tanaman Ubat, keluhan yang bisa diatasi dengan memanfaatkan pala adalah penyakit muntaber. Untuk mengatasi muntaber, 1 butir buah pala beserta bunganya, 5 gram jintan putih, 10 gram jahe, dan 1 buah delima yang diambil kulitnya, ditumbuk halus. Lalu, tambahkan santan kelapa dan minyak kayu putih secukupnya, diaduk lalu dibalurkan pada bagian perut dan ulu hati penderita. InsyaAllah sembuh.

Kandungan zat buah pala adalah zat kalium,kalsium,fosforus,lemak,protein dan karbohidrat. Baik untuk kekuatan minda,sakit kepala,masalah bau mulut,gatal-gatal dan menghilangkan jeragat.

Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm.Ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.

Bagi Pelancong yang datang ke Pulau Pinang, Jeruk Buah Pala memang terkenal sebagai buah tangan yang wajib dibeli. Jeruk Buah Pala memang sedap. Sebut sahaja jeruk buah pala, cair air liur dibuatnya. Jeruk Buah Pala banyak terdapat di Penang Road depan Pasaraya Mydin, Pasar Balik Pulau, Medan Selera Sg Nibong besar. Sg Ara dan banyak2 lagi tempat lain yang ada jual jeruk buah pala.

Hari ini buah pala tiba-tiba menjadi isu besar di Pulau Pinang. Bukan kerana terdapat buah pala gergasi sebesar buah nyok (kelapa) kata orang penang, tetapi kerana isu penduduk Kg Buah Pala di Glugor, P.Pinang yang dikatakan agak besar kepala kerana enggan berpindah walaupun pampasan yang ditawarkan adalah terlalu tinggi hingga RM330,000.00 untuk yang mempunyai lembu.

Lim Guan Eng pun pening kepala untuk selesaikan masalah penduduk Kg Buah Pala. Mungkin Guan Eng sudah sapu minyak buah pala untuk hilangkan pening di kepala. Namun sebagai penyokong Pakatan Rakyat, sudah pasti meletakkan harapan tinggi untuk Lim Guan Eng dapat selesaikan isu ini dengan segera.

Ikuti citer terkini Tentang Isu Kg Buah Pala di http://www.kampungbuahpala.blogspot.com/

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/