SharpShooter Followers

Friday, July 31, 2009

Kenyataan Media Unit Ehsan

UNIT EHSAN PULAU PINANG
Kenyataan Media


1) Pertamanya Unit Ehsan P.Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga YB Ustaz Hamdan Abdul Rahman atas pemergiannya ke Rahmatullah untuk selamanya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para-para shuhada dan orang-orang beriman. Semoga keluarganya tabah menghadapi takdir Ilahi.

2) Unit Ehsan P.Pinang amat kesal dengan tindakan polis yang menangkap dan melokap En Che Amat bin Hashim selaku Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh (Ahli Majlis MPSP) atas 7 dakwaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita biasa mendengar penganjur didakwa kerana menganjurkan ceramah tanpa permit tetapi kali ini didakwa kerana penceramah kononnya tiada dalam senarai permit semasa pilihanraya kecil Penanti. Bukankah ini sesuatu yang luar biasa?

Kemudian beliau pula terpaksa membayar wang ikat jamin maksima sebanyak RM14,000.00. Ini bermakna setiap dakwaan RM2,000.00. Beliau didakwa dibawah akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda antara RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan.

Unit Ehsan P.Pinang menyumbang sedikit wang sebanyak RM300 kepada En Che Amat Hashim dan berharap PKR dan Pakatan Rakyat akan turut membantu Che Amat.

Unit Ehsan P.Pinang menyeru kepada semua pendokong dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat, supaya hadir beramai-ramai pada 27 Ogos di Mahkamah Bukit Mertajam Jalan Betik untuk memberi sokongan moral kepada beliau yang tidak mengaku salah atas semua pertuduhan.



3) Unit Ehsan P.Pinang, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan menghantar 1000 petugas untuk membantu Unit Amal mengawal penyokong Gerakan Mansuhkan ISA pada esok hari 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Unit Ehsan menyokong sepenuhnya agar ISA dimansuhkan.






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/