SharpShooter Followers

Tuesday, July 28, 2009

Pulau Pinang dilanda H1N1

PULAU PINANG 28 Julai - Tiga lagi institusi di negeri ini diarah tutup selama seminggu mulai semalam akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1).


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata, institusi terbabit ialah Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal, Institut Latihan Jururawat Kementerian Kesihatan Bukit Mertajam dan Pusat Latihan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAB).



Beliau berkata, ujian dijalankan dalam kes kluster itu dan disahkan positif.
“Pihak berkuasa kesihatan perlu menutup institusi itu untuk mengelakkan penularan,” katanya.



Phee meminta mereka yang dijangkiti supaya berdisplin dalam menjalani kuarantin dan perlu mendapatkan rawatan jika suhu badan mereka melebihi 38 darjah celsius.



Sebelum ini, masing-masing sebuah sekolah rendah, politeknik dan institusi pengajian tinggi di negeri ini diarah tutup selepas beberapa penuntut mereka disahkan positif H1N1.






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/