SharpShooter Followers

Thursday, July 23, 2009

Najib wajib tubuh Suruhanjaya Diraja menyiasat Kes Altantuya

Najib terpaksa akur dengan tuntutan rakyat yang mahukan ditubuhkan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian misteri mendiang Teoh beng Hock. Kabinet yang bersidang hari ini telah meluluskan keputusan tersebut.

Sementara itu di Ampang seramai 60 ribu...oppss..silap..maaf...bukan 60 ribu tapi hanya seramai 60 orang saja termasuk sb dan polis yang tidak beruniform mengadakan demo menyokong SPRM dan Polis untuk terus menyiasat kes mendiang Teoh Beng Hock. demo tersebut hanya 15 minit sahaja. Tapi hairan tak kena tangkap pun...he..he..

Dalam sidang media yang dinanti-nantikan itu, Najib juga berkata, beliau sendiri akan memaklumkan keputusan siasatan tersebut kepada keluarga Teoh apabila ia telah selesai.

"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk mencari kebenaran. Saya juga akan memaklumkan sendiri kepada keluarga saudara Teoh hasil siasatan ini nanti," katanya di Putrajaya.

Alhamdulillah..sejak Najib dah balik dari Tanah Suci Mekah ada perubahan. Alangkah indahnya jika Najib juga tubuhkan segera Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Kes pembunuhan Altantuya ini kes serius. Ia melibatkan maruah negara. 19 buah laporan akhbar seluruh dunia mengatakan Najib terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya. Mengapa Najib tidak mahu saman akhbar berkenaan. Najib harus membersihkan namanya dan juga nama Malaysia dengan menyaman akhbar tersebut. baca di <sini>.

Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh juga pernah menyarankan agar Najib menyaman akhbar tersebut. Kita harap Najib yang pulang dari Tanah Suci Mekah dapat membersihkan dirinya dan nama Malaysia dengan menyaman akhbar tersebut dan menubuhkan segera Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes pembunuhan Altantuya.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/