SharpShooter Followers

Thursday, July 30, 2009

Wawasan Dr Mansor TKM 1 P.Pinang

Dr Mansor TKM 1 memulakan siri perjumpaan dengan Cabang-Cabang di P.Pinang. Semalam giliran Cabang Kepala Batas. Saya hadir selaku ketua AMK Kepala Batas.

Dr Mansor menyampaikan 3 perkara penting yang perlu diberi perhatian dan tumpuan.

1) Kes Anwar Ibrahim sekarang, terbukti bahawa umno menggunakan modus operandi yang sama ketika kes Anwar 1998. Tujuannya hanyalah untuk memastikan dengan apa cara jua, Anwar wajib dipenjarakan.

Selagi Anwar dibiarkan bebas, umno dan b-end mungkin terkubur pada pilihanraya akan datang.

umno dan b-end juga melihat PKR sedang subur berkembang dan melebarkan sayap. Tokoh-tokoh ternama juga kini telah menyertai PKR contoh terbaru Zaid Ibrahim dari umno, Dato' Chua Jui Meng dari MCA dan S.Subramaniam dari MIC.

Mereka juga tahu kekuatan dan kredibiliti Anwar menyatukan Pakatan Rakyat. Walaupun berbagai serangan dan cubaan umno buat untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, namun ianya masih tidak berjaya.

Contoh terbaru Pak Tam Timbalan Ketua Permatang Pauh dilokap kerana kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Permit polis lulus tetapi kena tangkap dan dilokap juga. Ini semua untuk menghancurkan PKR.

Sehubungan dengan itu PKR akan perhebatkan penerangan dan strategi telah disusun.

2) Dr Mansor mahu memperkasakan JKKK. Kursus JKKK akan turut disertai kakitangan kerajaan. JKKK kawasan Seberang Perai Utara (SPU) akan berkursus pada 8 hingga 9 Ogos. Kursus ini bertujuan untuk menyelaraskan matlamat kerajaan dan JKKK.

Koperasi juga akan diwujudkan di setiap JKKK. Pengarah Angkasa akan memberi penerangan tentang koperasi dan terus menubuhkan Koperasi peringkat Daerah pada kursus tersebut. Selepas itu Koperasi JKKK akan ditubuhkan selepas kursus.

Sebagai pemantauan dan galakkan untuk koperasi, hadiah terbaik serta insentif istimewa juga akan diberi kepada Koperasi JKKK terbaik.

Dr Mansor juga memaklumkan selepas Koperasi JKKK ditubuhkan, Koperasi Qhariah pula akan ditubuhkan.

Tekun adalah contoh terbaik hasil kerja dan cetusan Dr Mansor tetapi malangnya hari ini pinjaman Tekun disalah gunakan dan peminjam mesti ahli umno. Semasa beliau melancarkan Program Tekun, dana sebanyak 6 juta diberi kepada 1300 peniaga kecil dan kerajaan dapat mengutip kembali pinjaman sebanyak 98% dan dalam masa tempoh 3 tahun saja dana Tekun meningkat 13 juta. Ini satu kejayaan program Dr Mansur.

3) Dr Mansor juga mahukan Cabang Kepala Batas menyusun program hingga akhir tahun. Khabar angin Pak Lah akan mengosongkan kerusi Kepala Batas juga bertiup kencang. Borang pemantauan prestasi Cabang-Cabang juga akan dikeluarkan. Ini untuk memastikan setiap Cabang akan memperkasakan parti.

Dr Mansur juga memaklumkan sempena bulan Ramadhan yang akan datang, Lim Guan Eng telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4 ribu untuk Masjid Daerah dan RM2 ribu untuk setiap Masjid Qhariah.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/