SharpShooter Followers

Thursday, July 16, 2009

Kg Buah Pala kembali bersinar

Isu Kg Buah Pala hari ini mempunyai satu perkembangan yang positif. Pengerusi Persatuan Penduduk Kg Buah Pala M Sugumaran telah berjumpa dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan menyatakan kesanggupan untuk berbincang dengan Kerajaan Negeri bagi mencapai penyelesaian masalah penjualan tanah kampung mereka.

M Sugumaran turut memohon maaf daripada Kerajaan Negeri kerana sebelum ini telah bertindak untuk mengheboh-hebohkan perkara ini dan juga menentang keperibadian sesetengah pemimpin. Ketua Menteri menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa membuka pintu untuk berjumpa dan berbincang dengan penduduk kampung tanpa menglibatkan anasir-anasir dari luar yang sebelum ini cuba merosakkan niat baik Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk.
Berita lanjut :
http://malaysiakini.com/news/108391

Sepakat membawa berkat. Syabas kepada kerajaan negeri. Jadilah kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang berwibawa yang mampu tangani dan selesaikan segala permasalahan yang ditinggalkan oleh kerajaan B-End. Manek Urai banyak hikmahnya serta pengajarannya. Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com