SharpShooter Followers

Tuesday, July 28, 2009

Pengarah P.Raya Permatang Pauh dilokap

Che Amat bin Hashim atau lebih mesra dengan panggilan manjanya Pak Tam dilokap di balai polis Bukit Mertajam di Perda. Beliau adalah Pengarah Pilihanraya Permatang Pauh dan juga seorang Ahli Majlis MPSP. Seorang ispektor polis Bukit Mertajam telah menghubungi beliau untuk hadir ke balai polis Bukit Mertajam, Perda dengan segera.

Beliau terkejut kerana polis mendakwa beliau atas 7 pertuduhan. Beliau juga terkejut kerana 20 wartawan telah penuh berhimpun di balai polis tersebut. Wartawan memberitahu bahawa mereka telah menerima sms dari polis mengatakan 5 orang PKR akan didakwa.


Pak Tam didakwa kerana kononnya menganjurkan ceramah pada 24 Mei 2009 ketika pilihanraya kecil Penanti telah mengundang penceramah yang tidak ada dalam senarai permit.


Penceramah tersebut adalah Dr Mansor Othman (calon Penanti), Yb Saifuddin Nasution, YB Zuraidah, Ustaz Hassan Razak, YB Abdullah sani, YB Manikumar dan YB Gobalakrisnan. Pak Tam didakwa di tempat yang berbeza antaranya Mengkuang Semarak, Mengkuang Titi, depan Masjid Kubang Semang dan Guar Perahu.

Beliau didakwa dibawah akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan. Beliau tidak mengaku salah atas semua pertuduhan.

Beliau telah dilokap hampir 5 jam di balai polis Bukit Mertajam. Beliau akhirnya dijamin dengan setiap pertuduhan RM2,000.00. Bermakna beliau telah diikat jamin sebanyak RM14,000.00.

Sebutan kes pada 27 Ogos 2009 di Mahkamah Bukit Mertajam di Jalan Betik. Saudara Mazlan Ketua UKP dan Amer Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh berkata mereka akan mobilisasi seramai mungkin penyokong PKR dan Pakatan Rakyat untuk menyatakan sokongan kepada Pak Tam pada hari perbicaraan tersebut.

Sementara itu saudara Jalil dan Johari penggerak utama PKR di Permatang Kg Rawa, Permatang Pauh berkata ini adalah kes yang pertama kita dengar dan ini berlaku dalam 100 hari dibawah Najib. Ternyata Najib dalam keadaan tertekan kerana dakwaan ini datang dari laporan polis di Putrajaya.

Pak Tam berkata beliau tidak gentar sama sekali menghadapi 7 tuduhan ini. Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguam Praba sebagai peguam bela kes ini. Pak Tam dengan tegas berkata... "lagi ditangkap lagi lawan...Lawan Tetap Lawan".

Sementara itu Pengasas Unit Ehsan P.Pinang saudara Zulkarnain berkata Unit Ehsan akan melancarkan kutipan dana untuk membantu kes ini.

Ayuh!...hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan pada 27 Ogos 2009 di Mahkamah Bukit Mertajam Jalan Betik jam 8.30 pagi dalam bulan Ramadhan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/