SharpShooter Followers

Wednesday, January 18, 2012

Alahi hasang ali..sejak bila pandai buat fitnah?

JINGGA 13 mengecam kenyataan Dr Hassan Ali baru-baru ini yang berusaha untuk mengaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai menghalalkan perlakuan homoseksualiti sepertimana yang dilaporkan Mingguan Malaysia dan Berita Harian berikutan yang disadur secara tidak bertanggungjawab dari wawancara Ketua Pembangkang itu bersama
British Broadcasting Corporation.

Kekecewaan Umno dan Barisan Nasional berikutan pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat nyata tidak dapat diselindungkan apabila media pro kerajaan ini memutarbelit fakta sebenar sedangkan secara nyata rakaman wawancara itu tidak disiarkan sepenuhnya.

Namun apa yang lebih memualkan adalah reaksi segera Dr Hassan Ali yang jelas mempunyai niat jahat serta tanpa usul periksa sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Jingga 13 mempersoalkan rasional kenyataan Dr Hassan Ali itu yang cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim, dan apakah Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenyataan Dr Hassan Ali ternyata memang kosong dan tidak mempunyai fakta untuk menyokong pernyataan itu.

Jingga 13 menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah dan cubaan jahat media pro kerajaan dan Dr Hassan Ali untuk meruntuhkan moral Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini jelas merupakan cubaan terdesak dan tidak beretika memandangkan sokongan dan pendirian rakyat untuk kekal teguh menolak politik fitnah yang semakin menjadi-jadi.

Fitnah terbaru ini adalah antara picisan usaha yang sudah dijangka akan dilakukan oleh media-media penipu ini dan akan berterusan untuk terus menjadi simbol bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak sudah wajib untuk diundurkan kerana gagal untuk fokus kepada permasalahan utama dan menjadikan isu liwat serta homoseksual ini sebagai talian hayat untuk meraih sokongan rakyat yang semakin mengecil.

Dr Hassan Ali boleh terus mencuba sedaya upaya namun akhirnya segala bentuk fitnah dan kebobrokkan ini akan memakan dirinya sendiri.

Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan mendesak beliau memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Anwar Ibrahim demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa.  

Muafakat*Prihatin*Berani

SAIFUDDIN BIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha

JINGGA 13


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone