SharpShooter Followers


Tuesday, January 31, 2012

Sampai bila umporno nak 'spin' kenyataan Anwar?

Kesian tengok umporno yang sudah ketandusan isu. Bila tidur saja termimpi ngeri Anwar jadi PM...mengapa Anwar diserang dan difitnah setiap hari? jawabnya mudah sebab Anwar menggugat umporno dan Anwar penyatu Pakatan Rakyat...

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution yang turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967,

“Bagaimanapun sekiranya kedaulatan negara Palestin ini tidak dijamin, Hamas tidak bersetuju.

“Jadi tidak menjadi kehairanan apabila Datuk Seri Anwar, dengan mengambil kira politik semasa menyebut mengenai isu ini yang tidak terkeluar dari pandangan gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas,” kata Muhammad Nur.

Menurutnya lagi, ketua pembangkang itu juga sentiasa dimaklumkan mengenai pandangan dan dasar gerakan-gerakan Islam dalam konteks menyelesaikan konflik antara Palestin-Israel.

Tambah beliau, pendirian Anwar mengenai isu itu juga sangat konsisten dan tidak perlu dipertikaikan.

“Pendirian Anwar supaya rakyat Palestin mendapat hak balik mereka dari segi kesahihan sebagai warganegara tidak perlu dipertikaikan kerana beliau memang konsisten sejak berjuang dalam gerakan Islam dan arena politik.

“Ideanya tentang formula bagi menyelesaikan konflik Palestin dan Israel sentiasa selaras dengan gerakan Islam sedunia. Beliau mendahulukan tentang keselamatan negara palestin yang dijamin resolusisi PBB,” kata beliau yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Bagaimanapun katanya, kenyataan Anwar mengenai isu sekuriti Israel cuba diputarbelitkan oleh media Utusan yang dimiliki Umno, seolah menggambarkan Anwar mementingkan keselamatan rejim itu.

“Sedangkan kerajaan sendiri dalam dasar luar menangani konflik Palestin-Israel sebelum ini tunduk kepada formula dengan mengiktiraf kedua negara, tetapi perkara ini dinafikan menteri luar, Datuk Seri Hanifah Aman,” ujar beliau.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/