SharpShooter Followers

Wednesday, January 04, 2012

SELANGOR WUJUDKAN HOTLINE ADUAN KUTIPAN SAMPAH

Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan talian bebas tol atau Hotline untuk membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.

Talian ini akan dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri dan dijangka beroperasi tidak lama lagi.

Aduan-aduan yang dibuat oleh rakyat akan direkodkan dan setiap PBT perlu bertindak terhadap aduan-aduan ini selewat-lewatnya dalam tempoh 48 jam bermula dari masa aduan itu diterima oleh PBT yang terlibat.

Menerusi pusat aduan ini, kita akan dapat mengetahui peratusan aduan mengenai sampah yang diterima, jumlah aduan yang berjaya diselesaikan serta tempoh masa yang diambil oleh PBT untuk menyelesaikan aduan-aduan tersebut.

Maklumat ini akan digunakan oleh PBT untuk membaiki dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutama yang melibatkan pengurusan sisa pepejal.  

Kerajaan Negeri juga mempunyai alasan yang mencukupi untuk mempercayai bahawa wujud elemen khianat dalam isu pengutipan sampah dan kami menyeru rakyat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan ini bila ianya beroperasi kelak dalam melaporkan usaha-usaha pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Kami juga akan mencadangkan kepada PBT untuk memberi imbuhan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone