SharpShooter Followers


Friday, January 13, 2012

JOM KE KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT


Pakatan Rakyat akan membuka tirai konvensyennya di Alor Setar esok - mungkin yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 - dengan siri ceramah di negeri malam ini.

Kira-kira 600 perwakilan dari tiga parti gabungannya - DAP, PAS dan PKR - dan kira-kira 200 pemerhati akan menghadiri konvensyen sehari itu bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang.

Konvensyen tersebut akan bermula syarahan dan ceramah di 15 kawasan parlimen di Kedah malam ini, antaranya di Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kuala Kedah, Pendang, Sik, Jerai, Merbok, Sungai Petani dan Baling.

Konvensyen bermula esok, dengan ucapan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat penampilan pertamanya di khalayak ramai di negeri tersebut sejak dibebaskan daripada pertuduhan liwat on 9 Januari lalu.

Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, juga akan berucap kepada penyokongnya malam ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas pulang dari lawatan singkat ke India dan Turki.

Anwar kemudiannya akan menyertai Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pengerusi DAP, Karpal Singh di akhir sesi pada jam 3.40 petang.

Ketua BERSIH, Datuk S Ambiga dan beberapa tokoh masyarakat yang lain juga dijangka berucap pada orang ramai pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Ia akan diakhir dengan satu perhimpunan mega yang membariskan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Azizan dan penasiht DAP Lim Kit Siang.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/