SharpShooter Followers

Thursday, January 05, 2012

Jom teliti senarai terperinci perbelanjaan NFC isu lembu suami mamee @ShahrizatJalil

Laporan kewangan sepanjang 2009 mendapati sebanyak RM 12,980.24 telah digunakan oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Salleh Ismail serta anaknya Wan Shahinur Izran dan Izmir untuk membayar keahlian kelab termasuk bermain Golf di beberapa kelab Golf sekitar Lembah Klang.

Berdasarkan lapuran kewangan yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sepanjang tahun tersebut sebanyak RM84 juta ringgit dari RM250 juta wang yang diperuntukan kerajaan telah dibelanjakan.

Perbelanjaan terbesar telah dilakukan pada 5 Mei 2009 dimana sebanyak RM 3,116.84 dikeluarkan dari akaun bagi membayar yuran keahlian di Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur.

Satu lagi pembayaran dibuat ke atas Bukit Kiara Resort Berhad pada 4 Ogos 2009 untuk membiayai yuran keahlian Izmir dan Izran, anak-anak kepada Datuk Salleh dan Datuk Shahrizat Jalil iaitu sebanyak RM 2,040.30.

Jika dilihat dalam dokumen yang didedahkan itu, selain kedua-dua kelab tersebut, kelab golf lain yang sering dikunjungi oleh ketiga beranak ini ialah Tropicana Golf and Country Club, Berjaya Golf Resort Berhad, Kuala Lumpur Golf and Country Club serta The Royal Selangor Golf Club.

Petang semalam Rafizi telah membuat laporan polis berhubung penyelewengan wang rakyat yang dilakukan NFC kepada bahagian siasatan jenayah komersial, Bukit Perdana.

Dalam laporan tersebut Rafizi turut menyerahkan dokumen transaksi NFC sepanjang 2009 kepada pihak polis untuk membolehkan siasatan serius dilakukan.

Menurut Rafizi, Dokumen dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC diperoleh secara sulit dari seorang yang tidak dikenali.

Siri pendedahan penyelewengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dengan pemberian pinjaan mudah berjumlah RM250 juta daripada kerajaan diteruskan dengan pengedaran bukti transaksi kewangan yang berlaku sepanjang tahun 2009.

Berdasarkan dokumen transaksi kewangan NFC, terdapat empat transaksi pembayaran yang berlaku tarikh 2 Disember 2009 dengan jumlah RM9,758,140.

Transaksi ini melibatkan pembayaran yang dilakukan oleh NMLC kepada Bandar Raya Development Berhad berhubung pembelian Kondominium One Menerung, Bangsar.

Kesemua urusan ini berlangsung dari akaun semasa NFC sendiri di Bandk CIMB Cawangan Tun Dr Ismail.

Semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyerahkan dokumen asas berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis.

Beliu hadir dan memberi keterangan berhubung isu berkenaan kepada bahagian siasatan jenayah komersial, Bukit Perdana.

Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.

Download dokumen asas yang telah dihantar secara sulit di SINI
Download dokumen senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC di SINI

Hangpa download dan tengoklah.. Duit raya pun digunakan dari Dana untuk NFC..

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/