Jingga 13 menyambut baik keputusan mahkamah yang membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan tidak dapat mengemukakan bukti yang kukuh untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan pertuduhan tersebut.
Jingga 13 menolak tanggapan bahawa ini adalah satu penghakiman politik yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengaut keuntungan politik. Keputusan ini jelas menunjukkan kecekapan pasukan peguambela Dato Seri Anwar Ibrahim dalam mengemukakan hujah pembelaan dan hakim berpuas hati untuk membuat keputusan yang tepat untuk membuktikan Anwar Ibrahim tidak bersalah.
Namun, Jingga 13 beranggapan perkara ini tidaklah membuktikan bahawa institusi mahkamah adalah adil dan bebas sepenuhnya. Masih terdapat banyak kelompongan dan kelemahan yang perlu ditangani segera bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi ini. Kes Dato Seri Anwar Ibrahim adalah antara penghakiman yang mendapat perhatian dunia, namun masih terdapat banyak kes-kes yang memerlukan pembelaan dan seringkali mencetuskan polemik kepercayaan rakyat yang harus terus mendapat perhatian.
Jelas, tuntutan dan perjuangan rakyat selama ini mula mendapat perhatian yang sewajarnya. Istilah 'Rakyat Hakim Negara' seperti yang dilaung-laungkan mempunyai signifikan jelas bahawa kuasa rakyat akan menjadi penentu kepada segalanya dan merubah sebarang sentimen dan perlakuan negatif dalam negara. Perbicaraan Anwar Ibrahim memakan masa yang panjang, dan mengorbankan banyak kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman. Keputusan yang dilakukan pagi semalam itu sedikit sebanyak mengubat kekecewaan rakyat selama ini.
Jingga 13 akan terus memberi komitmen terbaik dalam apa juga keadaan yang mampu membaikpulih sistem dalam negara ini, mengikut sekadar kemampuan kami. Peristiwa bersejarah pada 9 Januari 2012 itu tidak seharusnya membuat rakyat terlena, tapi lebih siap siaga merubah sistem bobrok ini secara total dan menyeluruh.
Muafakat*Prihatin*Berani
Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha
JINGGA 13
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kastam Pahang Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai RM1.6 Juta Dalam Tiga
Serbuan Di Johor Dan Selangor
-
*TEMERLOH*: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan
aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
dalam tiga ...
52 minutes ago