Belum sempat berada dalam pasaran, tabloid politik terbaru -Kabar - mendakwa 'diganggu' oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), dipercayai ekoran laporan muka depannya edisi sulungnya berhubung isu mengenai firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.
Ketua pengarang akhbar dengan slogan “Era Pakatan” - menggantikan Konsep yang gagal diperbaharui permit penerbitannya - Mohd Zahari Ali berkata, empat pegawai KDN datang ke kilang pencetaknya di Shah Alam pagi tadi dan melarang pencetakannya.
“Mereka berada di situ kira-kira 30 minit. Lepas kita faks permit (penerbitan) ke kilang, mereka beredarlah,” katanya.
Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Parlimen mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco dan Apco dengan dengan kerajaan Israel, ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.
Beliau dilaporkan berkata, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mohd Zahari mengesyaki 'gangguan' terhadap kilang pencetak akhbarnya itu disebabkan tindakan Khabarmengetengahkan isu Apco dan memuatkan teks ucapan penuh Anwar.
“Ia bukan sebab permit (mereka ganggu), tetapi isu Anwar dan Apco,” kata Mohd Zahari yang pernah berkhidmat dengan beberapa akhbar dan penerbitan pembangkang dan saluran TV arus perdana.
Akhbar 32 mukasurat itu berada dalam pasaran di sekitar Lembah Klang hari ini dan esok di lain-lain negeri. Memfokuskan isu-isu Pakatan Rakyat, ia diedarkan di seluruh negara dengan harga RM2 senashkah di Semenanjung dan RM3 di Sabah dan Sarawak.
Edisi sulung akhbar yang diterbitkan dua kali seminggu itu, buat permulaan dicetak 40,000 nashkah, memandangkanKonsep sebelum ini mendapatkan sambutan menggalakkan – dengan 30,000 nashkah terjual.
Mohd Zahari berkata, pihaknya - penerbit Damak Media - menerbitkan akhbar baru ekoran Konsep berkubur - keluaran terakhir 15 Mac - kerana gagal memperbaharui permit penerbitan “dengan pelbagai alasan” daripada KDN.
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)