Pergaduhan dalam BN tentang isu calon Hulu Selangor kian memuncak. Dalam web dan blog yg pro BN dan UMNO sudah mula bergaduh sesama sendiri.
Dalam blog Gerakan Anti PKR dan Agenda Daily sebagai contoh, mereka mahukan calon UMNO bertanding di situ.Manakala blog Keris Putera pula mengatakan sah MIC bertanding. Walaupun blog tersebut ucapkan tahniah kepada MIC tetapi memberi amaran kepada Samy Vellu, beliau di larang berkempen di Hulu Selangor sebab pengundi tidak perlukan anda katanya.
Agenda Daily pula merayu seolah-olah menyembah Samy Vellu supaya beliau membuat pengorbanan terbesar dengan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding. Katanya lagi, apa guna MIC mempertahankan hak kerusi MIC jika BN akan kalah.Blog Gerakan Anti PKR pula membuat surat terbuka kepada Najib.
Katanya "Siapa kata kerusi Parlimen P94 milik MIC?1959 ong yoke lin (BN) vs chai yoke kim (BEBAS) BN 6537 BEBAS 5121
1964 khaw khai boh (BN) vs nazar ong (FS) BN 9412 FS 4199
1969 khaw khai boh (BN) vs liong ah nai (DAP) BN 8278 DAP 6755
1974 michael cheng win su (BN) vs G davidson (DAP) BN 15323 DAP 5070
1978 michael cheng wing su (BN) vs leong ching hoe (DAP) BN 17670 DAP 4868
1982 lee kim sai (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 14138 BEBAS 6761
1986 ss subramanian (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 19201 BEBAS 9281
1990 palanivel (BN) vs nazar yakin (S46) BN 20839 S46 11857
1995 palanivel (BN) vs peng kim sing (DAP) BN 26829 DAP 1231
1999 palanivel (BN) vs dr halili rahmat (ADIL) BN 22143 ADIL 13548
2004 palanivel (BN) vs ismail kamus (PAS) BN 27807 PAS 13324
2008 palanivel (BN) vs dato zainal abidin ahmad (PKR) BN 22979 PKR 23177
Perhatikan kepada puluhan ribu undi ehsan yang telah bangsa melayu menangkan calon komponen barisan.
Walaupun pernah satu ketika saingan calon barisan adalah Ustaz Ismail Kamus, namun demi sayangkan umno rakyat hulu selangor berbangsa melayu tetap memberikan undi kepada palanivel !
jadi , kepada ds najib tun razak. bilakah agaknya ds najib akan membalas semula budi orang melayu di hulu selangor ?
orang melayu hulu selangor sudah tidak sabar menunggu hari pengundian, kerana pada waktu itu dendam kesumat bangsa melayu terhadap pakatan haram selangor akan terbalas ! ia akan menjadi lebih bermakna lagi jika sekiranya 'sirih 1955' yang pernah kita pinjamkan dulu , ds najib pulangkan semula ke gagang asalnya !
jujur aku berkata,jika palanivel jugak akan diangkat menjadi calon parlimen hulu selangor, maaf cakap umno sebenarnya telah melahirkan masalah yang baru dengan bangsa melayu !. ds najib, tolong dengar denyut nadi orang melayu hulu selangor !Kih..kih..kih...begitulah hebatnya BN bergaduh. Jadi sebagai jalan penyelesaian, saya cadangkan Ezam Raja Sesumpah No Vellu menjadi calon MIC di Hulu Selangor? Amacam setuju? Kerusi Hulu Selangor masih MIC tetapi calonnya Ezam Raja Sesumpah No Vellu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)