SharpShooter Followers

Friday, April 09, 2010

Biarlah DAP bertanding di SIBU


Mahu tidak mahu, suka tidak suka BN terpaksa berdepan dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu walaupun sebelum ini BN cuba sedaya upaya untuk mengelak seperti di DUN Kota Siputeh dan Dun Titi Tinggi.

Manakala DUN Negeri Perak pula, BN masih mampu bertahan dan menghalang untuk tidak dibubarkan.

Pada pandangan saya, biarlah DAP bertanding di Sibu, PKR tak payah dok menyibuk nak bertanding di Sibu. Semangat Pakatan Rakyat wajib dijaga.

Pandangan dan kemahuan rakyat dalam politik di Malaysia tidak sama antara Negeri, Parlimen mahupun Dun.

Pandangan akar umbi rakyat setempat wajib diutamakan. Rakyat Sibu memberi 'signal' yang jelas bahawa pengaruh calon PKR di Sibu gagal memikat hati rakyat Sibu.

Jadi biarlah DAP bertanding dalam prk Sibu menentang BN.


Cuba kita perhatikan keputusan pilihanraya di Dun Titi Tinggi, di sana juga calon PKR gagal memikat pengundi Titi Tinggi.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah calon bebas yang mendapat undi lebih tinggi dari calon PKR? Siapakah Mohd Razi?

Sebenarnya Mohd Razi adalah ahli PAS di Dun Titi Tinggi, beliau adalah orang berpengaruh di Dun tersebut.

Mungkin Anwar tidak gemar dan marah bila saya komen tentang kerusi PKR di Sibu dan Titi Tinggi. Tetapi itu hak Anwarlah kalau dia nak marah.

Peribahasa orang tua-tua, jangan jadi seperti "anjing dengan bayang-bayangnya". Tak payahlah saya ulas pula maksudnya, semua orang dah tahu.

Saya bimbang "...yang dikejar tak dapat...yang dikendong pula keciciran dan melompat...."

Kalau kita melihat calon di Hulu Selangor pula, Zaid Ibrahim dan Shamsul Iskandar adalah antara dua nama teratas yang disebut-sebut akan menjadi calon Hulu Selangor.

Ustaz Dr Badrul Amin walaupun dilihat lebih popular dan undian dalam blog Sharpshooter juga menunjukkan Ustaz Dr Badrul Amin mendahului nama-nama lain, tetapi ternyata peluang Ustaz Dr Badrul Amin untuk menjadi calon Hulu Selangor semakin samar.

Walau bagaimana pun terpulanglah pada Anwar untuk menentukan siapa calon yang paling sesuai untuk Hulu Selangor.

Sebagai ahli parti PKR, sebelum keputusan dibuat, kita boleh kemukakan pandangan dan hujah kita tentang calon Hulu Selangor, tetapi bila keputusan telah dibuat, jangan lagi kita pertikaikan. Itu adalah hak Anwar untuk buat keputusan.

Tugas kita adalah untuk memastikan Parlimen Hulu Selangor akan kekal milik Pakatan Rakyat. Semua ada tugas masing-masing dan jangan jadi pelancong pilihanraya. Daftarlah diri sebagai petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

Akhirkata, saya tujukan lagu ini khas buat Anwar Ibrahim.



Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerna dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerna dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama

Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku

Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerna dia merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun menurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)