SharpShooter Followers

Saturday, April 10, 2010

Penang bantah kenaikan tol

Langkah kerajaan pusat yang berhasrat untuk menaikkan kadar bayaran tol bagi lebuh raya yang terletak di kawasan bandar menerima bantahan daripada pelbagai pihak.

Mendahului bantahan keras terhadap isu ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata cadangan itu amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri.

"Kerajaan seharusnya menimbangkan cadangan ini dengan sewajarnya dan melihat kepada kepentingan rakyat yang hidup dalam kesusahan," kata Guan Eng.

Menurut Guan Eng lagi, kerajaan negeri akan membantah sekeras-kerasnnya sikap segelintir syarikat yang mahu mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda dengan membebankan 1.5 juta penduduk Pulau Pinang dan 27 juta rakyat Malaysia.

Beliau mengulas mengenai spekulasi bahawa 10 lebuh raya dijangka akan dinaikkan kadar tol termasuk di Jambatan Pulang Pinang dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di mana syarikat konsesi terbabit meminta Kerajaan Pusat untuk mengkaji kadar harga tol baru.

Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu pihaknya mencadangkan beberapa langkah alternatif kepada makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam menangani isu kenaikan tol bagi lebuh raya yang terletak di kawasan bandar.

Antara yang dicadangkan pihaknya ialah memanjangkan tempoh konsesi bagi syarikat terlibat tanpa perlu membayar pampasan.

Namun kementerian berpandangan sekiranya lebuh raya terbabit hendak dinaikkan tol, perlu ada alternatif yang jelas.

Ini bagi memastikan kepentingan semua pihak seperti kerajaan, pemegang saham dan pengguna lebuh raya serta pembayar cukai terjaga.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)