Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas mengadakan mesyuarat bersama Ahli Majlis MPSP.
Lim juga berkata, kelulusan pengubahsuaian rumah dalam tempoh singkat itu adalah bertujuan untuk memberi kelulusan kepada setiap pengubahsuaian yang dilakukan. Namun begitu terdapat beberapa peraturan dan spesifikasi yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum kelulusan diberikan.
"Kelulusan ini akan berdasarkan kepada pelan standard. Manakala rumah yang didiami haruslah mempunyai sijil pendudukan atau OC. Oleh kerana itu, maka pemaju perumahan yang telah memperolehi OC tersebut disarankan supaya membantu pemilik rumah untuk mendapatkan kelulusan bagi pengubahsuaian tersebut.
"Bagi proses mendirikan rumah di atas tanah milik persendiri pula, prosesnya disingkatkan kepada tiga hari jika dibandingkan selama tiga bulan sebelum ini. Walau bagaimana pun proses permohonan ini juga harus berdasarkan kepada pelan standard dan OC yang diperolehi," katanya.
Beliau juga menyatakan program transformasi yang diadakan itu bertujuan bagi menaik taraf pihak berkuasa tempatan tersebut selaras dengan usaha kerajaan negeri menuju transformasi.* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/