Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nazim Razak dan pengusaha karpet, Deepak Jaikishan sudah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara ini disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di lobi Parlimen hari ini.
Mengikut Nazri, siasatan dibuat berikutan pendedahan penyiasat persendirian, P Balasubramniam mengenai kes pembunuhan Altantuya Sharibuu pada 2006 tetapi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, enggan mengulas lebih lanjut.
“Sudah, sudah, cukuplah” katanya kepada pengamal media yang mahu mendapatkan maklumat lebih terperinci.
Balasubramaniam kini berada di luar negara selepas membuat akuan bersumpah kedua mengenai pembunuhan wanita Mongolia itu, selepas menafikan akuan sumpah pertama yang dibuat sehari sebelum.
Balasubramanian kemudian membuat kemunculan semula selepass setahun menghilangkan diri dan mengesahkan akuan bersumpah pertama sahih manakala yang kedua dibuat atas desakan pihak tertentu.
Pada 4 Disember lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan ke SPRM untuk menyiasat berhubung akuan bersumpah Bala.
Beliau turut menyerahkan rakaman temu bual yang memuatkan pengakuan penyiasat persendirian itu yang menyebut nama adik Perdana Menteri sebagai individu yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Balasubramaniam membuat pengakuan tersebut apabila diwawancara tiga peguam dari Singapura.
SPRM menjalankan siasatan berikutan laporan ini juga pernah dibuat oleh Chegu Bard tentang keuntungan Carpet Raya RM122juta. Berita lanjut di sini.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
11 hours ago