SharpShooter Followers

Friday, March 05, 2010

Carpet Rosmah Altantuya untung 122 juta

Sejak dari awal pagi, polis SB berkali-kali menelefon dan sms merayu agar Chegu Bard batalkan hasrat untuk buat laporan polis. tetapi Chegu Bard buat keputusan, kita akan teruskan dan kita sedia terima segala risikonya.

Saya perhatikan memang agak melucukan bila pihak polis secara tiba-tiba, bila kami sampai di Balai Polis Dang Wangi seolah-olah seperti kami pula umpama polis yang datang untuk menyiasat polis. Mereka gelabah umpama kucing mahu beranak.

Laporan Chegu Bard sebanyak 17 muka surat bersama bahan bukti-bukti itu amat mencemaskan pihak polis. Adakah pihak polis akan menyiasat?

Polis digesa menyiasat pengarah syarikat permaidani, Deepak Jaikishan, yang dikaitkan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam kes Altantuya Shaariibuu, kerana didakwa memperolehi pendapatan yang "amat meragukan" berjumlah jutaan ringgit.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Dang Wangi, di ibu negara petang ini.

Dalam laporannya, Badrul Hisham mendakwa, terdapat sumber yang memaklumkan kepadanya bahawa syarikat Deepak - Carpet Raya Sdn Bhd - telah mencatatkan pendapatan RM122 juta dan keuntungan sebanyak RM7 juta pada 2005.

Badrul mendakwa, keuntungan dan transaksi sebesar itu meragukan jika dirujuk kepada perniagaan berdaftar syarikat tersebut, iaitu penjualan karpet.

Badrul turut menyerahkan maklumat mengenai Carpet Raya yang diperolehi daripada Pendaftar Syarikat serta transaksi bank membabitkan syarikat tersebut, sebagai bukti.

Menurutnya, bukti tersebut diperolehi lebih sebulan lalu tetapi hanya didedahkan selepas ianya dapat disalahkan.

“Maklumat (ini) daripada beberapa sumber. Dan kita sedia mendedahkannya jika (polis) nampak minat untuk mengambil tindakan, sebab kita juga terpaksa melindungi sumber,” katanya.

Tahun lalu, Balasubramaniam telah mendakwa bahawa Deepak memainkan peranan dalam menggesa penyiasat persendirian itu supaya menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.

Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, Balasubramaniam menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.

November lalu, Balasubramaniam muncul semula dengan dakwaan-dakwaan lain - kali ini dalam siri wawancara yang disiarkan dalam Youtube.

Balasubramaniam mendakwa yang dia ditawarkan RM5 juta oleh adik Najib - Nazim - untuk menarik balik akuan bersumpah pertamanya. Najib telah menafikan dakwaaan itu sebagai "sembrono".

Ekoran itu, peguam Balasubraniam meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan pelanggan mereka itu.

Pada bulan Januari, ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, suruhanjaya tersebut bersedia menemui Balasubramaniam untuk merakamkan kenyataannya.

Tidak dapat dipastikan sama ada siasatan SPRM telahpun dimulakan.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/