SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Wednesday, April 07, 2010

UMNO sokong Anwar dan Guan Eng


Umno menggunakan taktik kotor untuk mengumpan rakyat Pulau Pinang hadir ke ceramah anjuran parti itu dengan menggunakan kain rentang yang memaparkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Ng Wei Aik, menggesa rakyat supaya tidak mudah diperdaya dan dipancing untuk menghadiri ceramah anjuran Umno yang hanya bertujuan untuk menabur fitnah sahaja.

"Taktik kotor ini menggambarkan Umno sudah hilang pengarug dan sanggup mennipu rakyat demi mencapai matlamatnya, dengan memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat serta menabur pelbagai fitnah.

"Penceramah yang diundang ke ceramah tersebut termasuklah Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ezam Mohd Noor yang telah keluar KEADILAN.

"Pengisian ceramah anjuran mereka hanyalah menceritakan isu khayalan ciptaan mereka sendiri," jelas Ng.

Beliau juga menuntut supaya Umno menghentikan taktik seperti ini yang hanya memalukan dan menyebabkan rakyat bertambah benci kepada parti itu.

"Jikalau Umno tidak yakin dengan daya tarikan sendiri sehingga sanggup memperalatkan gambar pemimpin Pakatan. Ini menunjukkan Umno telah ketandusan modal politik dan sokongan rakyat terhadapnya semakin menurun," tegas beliau lagi.

* Sebenarnya UMNO sokong Anwar dan Guan Eng, tetapi mereka takut bila sokong hilang pula projek besar ataupun UMNO ni memang penipu dari DULU KINI DAN SELAMANYA...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)