SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Monday, April 12, 2010

Penjelasan isu penemuan 110 batu nisan di P.Pinang



Sebanyak 110 batang batu nisan lama ditemui bersama longgokan tanah di Bagan Ajam, Butterworth semalam.

Seorang pemancing menjumpai batu nisan tersebut pada pukul kira-kira 11 pagi tadi ketika sedang berjalan menuju ke Pantai Bersih di kawasan Bagan Ajam, untuk memancing.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata seorang pemancing telah membuat laporan polis setelah menjumpai 20 batang batu nisan bersama longgokan tanah di Pantai Bersih, Bagan Ajam.

“Polis bersama dengan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bergegas ke tempat penemuan dan mendapati terdapat lebih kurang 110 batang batu nisan lama di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang akhbar bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati batu-batu nisan lama tersebut dibuang dari sebuah masjid berhampiran kawasan Kampung Gajah, Permatang Pauh, selepas kerja-kerja pembersihan untuk membuka jalan di kawasan itu.

“Kami telah mengambil keterangan daripada imam (masjid tersebut) dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan masjid tersebut,” katanya.

Tambahnya syarikat tersebut mengaku telah membuat kerja-kerja pembersihan di masjid tersebut tetapi tidak pasti ke mana pekerjanya melonggokkan sampah dan batu-batu nisan lama itu. — Bernama


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)