
"Mengambil contoh kerajaan mesir yang longgar memberi ruang kepada syarikat Israel masuk dan Mosad mengambil kesempatan tersebut.
"Rentetan itu berlakunya pembunuhan pengikut-pengikut Ikhwan Al-muslimin di Mesir," jelasnya.
Penglibatan Apco juga katanya bermakna negara Malaysia telah masuk ke perangkap Zionis Israel.
"Apabila syarikat konsultan wujud di di tempat strategik dalam pentadbiran negara sudah tentulah negara kita akan berdasarkan negara Israel itu sendiri,"
Sehubungan itu beliau memberitahu, pemuda PAS akan membuat siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kepada seluruh rakyat berkenaan kesan penglibatan APCO terhadap negara.
Penjelasan tersebut jelasnya tertumpu kepada persoalan apa itu APCO, negara kelahiran, hubungkait dengan Malysia dan ancaman terhadap keselamatan negara.
"Pemuda akan membuat suatu roadshow diseluruh negara bagi menjelaskan apa itu APCO, dari mana asalnya dan apa hubungkaitnya dengan negara malaysia, dan ancaman terhadap kedaulatan Negara," katanya.
# sebab itulah tentera Amerika dibenarkan masuk ke perairan Malaysia, dibenarkan isi minyak dan terbaru Amerika nak belajar pula di Malaysia. Amerika dan Israel ibarat aur dan tebing.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)