Sebaliknya, kata Yong Kong, langkah tersebut adalah satu kaedah untuk memberitahu pemimpin tertinggi parti bahawa mereka perlu bangkit kembali memainkan peranan sebagai pembela rakyat seperti yang dilakukan selama ini.
Katanya, orang yang tidak faham mungkin menganggap tindakan itu sebagai pelik tetapi beliau percaya ia hanya satu kaedah untuk menyuarakan kemahuan rakyat di peringkat akar umbi.
"Saya bukan mahu melawan mana-mana kumpulan atau mahu menimbulkan kontroversi baru atau lain- lain sebab.
"Tetapi saya fikir ini adalah satu kaedah untuk memberitahu pemimpin tertinggi bahawa MCA perlu kembali memperjuangkan kemahuan dan aspirasi rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pejabat Barisan Nasional (BN) Kedah di sini hari ini.
# MCA tak mungkin dapat dipulihkan, MCA terlalu parah dan menanti masa untuk disimpan di muzium.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)