SharpShooter Followers

Saturday, April 10, 2010

Sharizat perlu minta maaf secara terbuka


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didesak meminta maaf secara terbuka kepada warga emas di Pulau Pinang di atas kenyataan biadap beliau yang mengucapkan “takziah” kepada warga emas yang menerima wang penghargaan dari kerajaan negeri sebanyak RM100.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan kata-kata yang dikeluarkan oleh Sharizat itu sebagai keterlaluan dan bersikap tidak angkuh kerana wang ehsan yang diberi itu adalah untuk meringankan beban ribuan warga emas di negeri itu selain usaha kerajaan negeri menghapuskan masalah kemiskinan tegar.

Jelas Guan Eng, wang penghargaan RM100 yang diberikan kepada semua warga emas yang berusia 60 ke atas bermula Mach lalu adalah tambahan kepada wang bantuan untuk golongan miskin sebanyak RM300 sebulan yang diberikan kerajaan negeri.

“Ini adalah tambahan daripada insentif kerajaan negeri untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang dan menjamin setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan” kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada 34 Sekolah Mubaligh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di KOMTAR pagi semalam.

Mengulas mengenai kenyataan dan tuduhan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang menyindir tindakan kerajaan memberikan wang penghargaan sebagai gimik, Guan Eng mempersoalkan mengapa perkara ini tidak dibuat oleh mereka.

Malahan lebih 50 tahun kerajaan Barisan Nasional mentadbir negeri ini tidak pernah sekali pun memberikan apa-apa penghargaan kepada golongan warga emas.

Sehubungan itu beliau mencabar kerajaan pusat dan pemimpin Barisan Nasional supaya melakukan perkara yang sama atau memberikan jumlah wang yang lebih kepada golongan miskin dan warga emas di negara ini.

“Tunjukan bahawa kerajaan pusat boleh buat lebih baik dalam perkara ini daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. Buktikan kerajaan pusat boleh buat lebih baik daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dengan lebih wang lebih daripada RM100 yang kerajaan negeri beri kepada warga emas di negeri ini,” cabar Guan Eng.

Sementara itu dalam perkara berasingan, kerajaan negeri Pulau Pinang menyampaikan bantuan RM1.87 juta kepada 34 Sekolah Mubaligh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di negeri ini untuk menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur sekolah bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)