SharpShooter Followers

Monday, April 05, 2010

Umno tergamak DAKAP Israel



Video clip ini pernah saya hasilkan untuk ditayangkan ketika Anwar Ibrahim datang ke Pulau Pinang.

Bila kita imbau kembali peristiwa itu, ternyata Umat Islam dan rakyat yang cintakan pendamaian di seluruh dunia mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestine.

Umat Islam dan rakyat tidak mungkin memaafkan kekejaman Israel. Israel terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kanak-kanak dan wanita turut dibunuh tanpa ada rasa belas kasihan.

Perhatikan gambar membuktikan kekejaman Israel














Malaysia juga tidak ketinggalan dalam soal membela rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel.

Akhbar-akhbar milik pengampu UMNO dan BN juga berkempen untuk membantu rakyat Palestin.




Akhbar Utusan Malaysia juga tidak ketinggalan melancarkan kutipan dana untuk membantu rakyat Palestin yang di beri nama DANA KEMANUSIAAN PALESTIN (DAKAP)

Ketika itu ramai rakyat Malaysia tidak perasan tentang Istilah DAKAP. Rupa-rupanya hari ini terbukti UMNO memang tergamak DAKAP ISRAEL.

Pendedahan Anwar Ibrahim tentang APCO terbukti UMNO tergamak DAKAP Israel yang berlumuran darah Israel.

Adakah anda mahu bersekongkol dengan UMNO yang menDAKAP Israel yang membunuh dan merogol ribuan rakyat Palestine?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)