Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu dalam Pakatan Rakyat jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
Sebaliknya menteri besar Kelantan itu berkata orang yang paling layak meneraju pakatan ialah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.
"Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di Kota Bharu hari ini. Beliau berkata Anwar juga lulus dari segi moral.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas saranan seorang perwakilan pada muktamar ke-56 PAS yang berakhir semalam agar menteri besar Kelantan itu dilantik peneraju pakatan pembangkang berasaskan kewibawaan dan kejayaannya memimpin Kelantan selama 20 tahun.
Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.
Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Islam yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: "Tidak mengapa, saya terima dari segi sifat orang melihat saya."
Sharpshooter :- Tidak ada seorang pemimpin pun di Malaysia yang diuji seperti Anwar yang pernah merasai tempat nombor 2 dalam Negara dan pernah memangku 3 bulan Perdana Menteri Malaysia kemudian dipecat, dihina, diaibkan, difitnah, dipukul, ditelanjang serta dilemparkan dengan berbagai tuduhan tetapi hingga sekarang Anwar masih gagah dipersada politik Malaysia.
Anwar masih dilantik menjadi Ketua Pembangkang walaupun kerusi Keadilan bukan lagi majoriti dalam Pakatan Rakyat.
Terbukti kini Anwar bukanlah ejen Yahudi, Amerika dan Israel tetapi UMNOlah sebenarnya ejen Yahudi, Amerika dan Israel.
Suka tidak suka, kita terpaksa akui bahawa Anwarlah yang berjaya satukan DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Kemenangan terbesar Pakatan Rakyat dalam sejarah Malaysia tahun 2008 adalah kerana harapan rakyat begitu tinggi untuk melihat perubahan di Malaysia serta pengaruh Anwar yang kali pertama dapat berkempen dalam pilihanraya selepas terpenjara.
Sehingga kini tidak ada seorang pun pemimpin yang sanggup bekerja seperti Anwar. Jadual lawatan Anwar ke setiap negeri bukan hanya satu tempat tetapi Anwar pernah melawat dan ceramah lebih dari 10 tempat dalam sehari.
Isu fitnah liwat ke 2 jelas menunjukkan seolah-olah nyawa serta talian hayat umno bergantung pada lubang jubor Saiful.
Anwar bukanlah malaikat tetapi dari segi ketokohan, kelayakan, lulus ujian serta istiqamah dalam perjuangan, Anwarlah yang paling layak menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
13 hours ago