SharpShooter Followers

Tuesday, June 15, 2010

Istana baru akan runtuh senasib Stadium Batu Buruk?

Ahli Parlimen Taiping, Ngar Kor Ming mendedahkan antara kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Istana Negara yang baru adalah kontraktor yang sama dalam pembinaan Stadium Batu Buruk, Terengganu.


Stadium Batu Buruk yang menelan belanja RM280 juta, runtuh selepas digunakan 10 bulan dan kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Di lobi Parlimen, Ngar mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terlibat membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Ini diakui sendiri Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng menjelaskan anggaran permulaan perbelanjaan pembinaan istana hanya sekitar RM400 juta pada 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Khoon Seng juga mendedahkan tiga syarikat pembinaan dilantik secara perundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka.

Sharpshooter :- Apa nak jadi dengan 1 Malaysia 1 Israel. Apakah ini petanda bahawa semuanya akan runtuh senasib dengan Stadium Batu Buruk termasuk Istana dan termasuk juga UMNO, UMCO BN?

Ahmad Zaki Berhad yang mendapat tender terus dari 1 Malaysia 1 Israel. Siapakah Ahmad Zaki Berhad? Anda nak tahu...layari di sini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/