SharpShooter Followers

Friday, June 18, 2010

Masalah sampah Pantai Batu Feringgi...sharpshooter terjah...

Pulau Pinang adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Salah satu tempat yang menarik di P.Pinang adalah Batu Feringgi.

Namun begitu, P.Pinang pernah diberi nama Darul Sampah.

Apakah puncanya? Siapakah yang diberi tanggungjawab untuk membersihkan pantai tersebut. Mari kita tinjau masalah ini.





Jika anda ke Pantai Batu Feringhi pasti terlihat satu papan tanda projek perbersihan pantai oleh Kontraktor Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PEN MUTIARA).

Pasukan Pemantau CAT mencari jawapan.

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

Kotor...Kotor...Kotor... tiada usaha untuk dibersihkan .

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

Sampah sarap ada di mana-mana.

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

Semak samun tidak dibersihkan

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

Sampan rosak dibiarkan,tiada siapa peduli

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

Botol arak dibuang merata-rata,besi buruk cacat tidak dibuang.

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

bot rosak,banner rosak,anjing tidak berlesen boleh dilihat,tiada penguatkuasaan



bakar sampah di pantai jadi perkara biasa

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

kumpul kayu banyak banyak malam ini boleh bakar.

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

stock simpan barang perniagaan,ikut suka aku tiada siapa pun tak boleh larang

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

kawasan sampah sarap tiada kawalan

Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor
Batu Feringhi KotorBatu Feringhi Kotor

pantai cantik tapi penuh dengan sampah.

Kerajaan Negeri perlu bertindak segera -Pasukan Pemantau CAT

Pengerusi Cintai Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah
Saiful Lizan

Sharpshooter :- Pen Mutiara adalah Persatuan Nelayan Negeri P.Pinang. Pen Mutiara mempunyai 2 restoran yang amat popular dengan kari kepala ikan. Sebuah Restoran di Batu Maung dan sebuah lagi di Taman Selat, Butterworth.





Semasa Sharpshooter menjadi Ahli Majlis MPSP, sharpshooter pernah bangkitkan isu projek pembersihan pantai oleh Pen Mutiara di Seberang Perai RM42,000.00 sebulan, RM504,000.00 setahun.

Bila ditanya, pantai mana yang dibersihkan? siapa yang beri tender tersebut?

Maka jawablah pihak MPSP bahawa projek tersebut diberikan tanpa tender terbuka oleh YB Azhar Adun Penaga semasa BN perintah P.Pinang. Memang banyak pihak marah bila sharpshooter bangkitkan isu ini.

Pen Mutiara jugalah yang mendapat projek mencuci laut P.Pinang sebanyak RM60,000.00 sebulan, RM720,000.00 setahun.

Manakala projek membersih pantai di P.Pinang pula anggaran projek lebih kurang sama dengan projek mencuci laut P.Pinang.

Bila Sharpshooter bangkitkan isu ini, banyak pihak marah sebab katanya ini adalah projek untuk Persatuan Nelayan P.Pinang. Bukankah Nelayan perlu dibela?

Tahukah anda berapakah Persatuan Nelayan P.Pinang dapat daripada projek tersebut?

Sharpshooter difahamkan Persatuan Nelayan hanya mendapat 5% sahaja daripada keuntungan projek tersebut.

Yang bakinya siapa yang dapat? Siapa yang menguruskan wang projek tersebut? YB UMNO mana yang terlibat? YB UMNO mana yang hanya menggunakan nama Persatuan Nelayan P.Pinang untuk mendapat projek tersebut?

Adakah nelayan P.Pinang mendapat keuntungan daripada projek tersebut? Bila kita bangkitkan isu ini, mereka kata.."jangan.. kesian dekat Nelayan P.Pinang...."

Persoalannya adakah benar nelayan-nelayan di P.Pinang turut mengecapi nikmat daripada projek tersebut?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/