SharpShooter Followers

Tuesday, June 22, 2010

Blogger UMNO kata Pemimpin UMNO Buta Perut

Macam manalah ahli-ahli UMNO nak menyerang BALAS kalau ramai pemimpin mereka jenis BUTA PERUT?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh, PM telah menyatakan bahawa ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan..

Kita TIDAK tahu samada hasrat PM itu difahami sePENUHnya oleh ahli-ahli UMNO atau TIDAK, tetapi kita YAKIN 100% bahawa hasrat PM ini GAGAL difahami oleh rakan-rakannya sendiri dalam kepimpinan UMNO dan jugak dalm Kabinet 1 Malaysianya..

Ahli UMNO disaran berani lakukan serang balas

Najib Tun Razak menerima tepukan gemuruh daripada para perwakilan semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang, Perak, semalam.

BAGAN DATOH 20 Jun - Ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya dalam posisi mempertahankan sebaliknya perlu melakukan serangan balik untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

UMNO lemah bukan kerana ahli-ahlinya.. Sebahagian BESAR penyumbang keLEMAHan UMNO adalah kerana orang MELUAT melihat GELAGAT para pemimpin UMNO itu sendiri.. Kita mintaklah PM kita cuba NYATAkan ada tak mana-mana pemimpin UMNO yang ‘diSUKAi’ dan ‘diSAYANGi’ oleh rakyat ketika INI?

Terus-terang kita katakan, para pemimpin UMNO sendirilah yang meLEMAHkan parti tersebut dengan bermacam CARA hingga sampai TAHAP memperBODOHkan rakyat.. Adakah PM Nampak HAKIKAT ini?

Cuba TENGOK betul-betul pemimpin parti MANAkah yang ada SIKAP begini:-

1) Siapakah yang meMALUkan UMNO dengan mengejar JAWATAN parti dan bermacam jenis JAWATAN hingga didapati berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG?

2) Siapakah pemimpin UMNO yang ‘GILA GLAMER’ hinggakan habis dicuba segala macam CARA untuk mencari PUBLISITI murahan daripada jadik MODEL SAMBILAN hinggalah kepada jadik Askar Wataniah?

3) Menteri MANAkah yang sering buat KENYATAAN BODOH di Parlimen dan juga luar Parlimen dalam isu judi BOLA, penggunaan nama ALLAH SWT oleh penerbitan Kristian, penyerahan blok minyak kepada Brunei dan banyak lagi hingga dipanggil ‘The HATCHET Man’?

4) Menteri MANAkah yang sering TIKAM BELAKANG kerana menDEDAHkan keLEMAHan kerajaan sendiri seperti isu keHILANGan enjin JET dan pendedahan ada maklumat RAHSIA Negara bocor kepada keDUTAan asing?

5) Menteri MANAkah yang begitu PENAKUT dengan HINDRAF, parti RACIST La’anatullah dan banyak lagi pihak yang menimbulkan isu perKAUMan terhadap orang Melayu tetapi diLANTIK pulak sebagai Menteri KDN?

6) Ketua Penerangan parti MANAkah yang TIDAK mampu pun mengatur jentera penerangan dengan TERATUR setiap kali PRK tetapi asyik HANYUT dibuai MIMPI Teori Pendulumnya?

7) Ahli Parlimen parti manakah yang kahwin DUA tanpa keBENARan hingga meletakkan dirinya setaraf dengan Lebai PAS?

Bolehkah ahli-ahli UMNO ini diberitahu, atas SEBAB apakah mereka kena memperTAHANkan para pemimpin sebegini dalam UMNO?

Semasa PRU ke12 lalu, ramai ahli-ahli UMNO masih TRAUMA untuk membantu parti mereka kerana GAGAL untuk menyerang BALAS dan diMALUkan dengan MUDAH sekali disebabkan pihak LAWAN menjaja gambar Presiden UMNO tengah TIDO dan meraba BAHU perempuan semasa CERAMAH..

Trauma ahli-ahli UMNO masih lagi berterusan hingga HARI ini selepas mendapati para pemimpin seperti yang dinyatakan di atas menguasai UMNO.. Ahli-ahli UMNO tidak MAMPU langsung memBUKTIkan bahawa kepimpinan parti mereka LEBIH baik berbanding lawan.. Salah siapa?

Itu belum lagi kepimpinan UMNO peringkat negeri yang berpecah-belah dan tidak sehaluan akibat SIBUK sayangkan JAWATAN.. Ada sesiapa boleh bagitahu, APAkah keKUATan UMNO yang boleh diBANGGAkan di Kedah, Kelantan, Selangor, KL dan Negeri Sembilan? Apakah keKUATan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang masih WUJUD di peringkat negeri?

Apakah UMNO yakin bahawa generasi muda menyokong parti ini?Ahli-ahli UMNO sekarang INI umpama ASKAR yang dikerah berperang TETAPI tidak diBEKALkan PELURU dan ditembak pulak oleh JENERAL mereka sendiri!


UMNO sebenarnya terHUTANG budi kepada NGO-NGO Melayu seperti PERKASA, BBM dan banyak lagi yang sering membangkitkan NOSTALGIA antara orang Melayu dengan UMNO..

Begitu jugak UMNO patut berterima kasih dengan BLOGGER yang tak jemu korek maklumat musuh UMNO..
UMNO jugak wajar berterima kasih kepada para ahli Parlimen BEBAS yang lebih GAGAH menyerang pihak LAWAN daripada para pemimpin UMNO sendiri..

Jika NAK harapkan kepada pemimpin-pemimpin seperti di atas, alamat TUNGGU masalah UMNO cuma tinggal BENDERA aje nanti..


Wallahualam..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/