SharpShooter Followers

Saturday, June 05, 2010

Demo Anti Israel di P.Pinang

Di Pulau Pinang turut mengadakan demo Anti-Israel di Masjid Kapitan Keling selepas solat Jumaat.

Exco Agama Islam YB Hj Malik Kassim turut hadir berdemo bersama pimpinan NGO, PRM, CAP, PAS dan Keadilan serta pencinta kedamaian.



Muhyidin Kader dari PRM turut sampaikan ucapan.

Presiden Persatuan Pengguna P.Pinang (CAP) SM Idris turut berucap.

Pak Su MPPP (kiri)pun ada....Pak Su ni memang berani...lawan tetap lawan...

Yang ini Ustaz Hafiz Noordin mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS P.Pinang, Ustaz Hafiz raja demo di P.Pinang. Wataknya lebih suka jadi pembangkang. Asal demo je pasti turun...teruskan Ustaz..


Semua bangsa ada di P.Pinang...Melayu dan Mamak ramai termasuk Zul Mamak...gambar Zul Mamak tak ada la sebab dia yang ambil gambar...kasi pecah la...



YB Hj Malik Kassim turut sampaikan bantahan....tetapi Zahrain dan Fairus ada mana...tak nampak mereka pun..bukankah mereka pejuang tulen Agama, Bangsa dan Negara...Mereka ke Gaza agaknya...Fairus badannya kebal tak lut peluru...Ini bukan cerita dongeng tapi Fairus yang citer sendiri. Tak percaya cuba anda baca di sini.

Pimpinan PAS turut berucap.







Yang ini Hj Taufik dari NGO Jamaah Islah Malaysia (JIM) bukan JIN..



Semoga usaha yang sekecil ini diterima disisi Allah....dan yakinlah Islam akan menang akhirnya menentang Israel laknatullah...Takbir...

Gambar ehsan Zul Mamak

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/