Syabas sharpshooter ucapkan pada penganjur Makan Malam dan Pidato Rakyat.
Hj Malik dan Timbalan Pesuruhjaya PAS P.Pinang Hj Rosidi Husain ...Sebutir pasir di belakang tabir...
Pemuda PAS P.Pinang
Senator Mustaffa bersama orang kuatnya Mr Ong..
Aiiik...Tun Saban Balek ubah meja pula..makan lagi...Tun..jaga kesihatan sama...cuba ingat Gaza....entah makan entah tidak..jangan asyik melantak saja...:-)
Zul Mamak..boleh masuk iklan ubat gigi..suka sangat sebab bakal mertua pun hadir...kasi pecah la...ssyyytt...
Khairil orang harapan YB Yusmadi...
Anwar berkata esok beliau akan menyokong usul Perdana Menteri mengutuk serangan rejim Zionis Israel ke atas misi bantuan kemanusiaan "Freedom Flotilla" ke Semenanjung Gaza.Senator Mustaffa bersama orang kuatnya Mr Ong..
Aiiik...Tun Saban Balek ubah meja pula..makan lagi...Tun..jaga kesihatan sama...cuba ingat Gaza....entah makan entah tidak..jangan asyik melantak saja...:-)
Zul Mamak..boleh masuk iklan ubat gigi..suka sangat sebab bakal mertua pun hadir...kasi pecah la...ssyyytt...
Khairil orang harapan YB Yusmadi...
Beliau juga mahu Malaysia memainkan peranan penting untuk mengheret rejim Zionis itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan tidak meletakkan tanggungjawab itu sepenuhnya di atas bahu Turki.
Anwar juga menegaskan Israel hanyalah sebuah negara kecil di benua itu dan tidak mungkin bertindak sedemikian tanpa dokongan Amerika Syarikat.
Anwar juga tidak bersetuju sama sekali rancangan kerajaan pusat untuk menghapuskan subsidi yang diberikan kepada rakyat, kononnya untuk menyelamatkan negara daripada muflis.
Tegas beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya, meliputi sumber hasil seperti minyak petrol, gas dan kelapa sawit, bagaimanapun tergugat dengan gejala rasuah yang semakin berleluasa di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ustaz Nasa pula dalam ucapannya berkata, PAS telah mengambil langkah ke hadapan dan pada PRU 13 akan datang, PAS akan meletakkan calon bukan Islam.
Beliau cukup yakin rakyat akan bersama Pakatan Rakyat pada PRU 13.
Beliau terkejut dan terharu kerana Lim Guan Eng baru sahaja wujudkan surau di tingkat 4 KOMTAR.
Apakah pemimpin UMNO tidak pernah terfikir soal surau ini selama mereka perintah P.Pinang.
Perasmian surau tadi dirasmikan oleh Anwar Ibrahim, turut hadir Hj Malik dan Dr Mansor Othman serta Lim Guan Eng pada perasmian tersebut.
Beliau juga terharu kerana P.Pinang negeri pertama dibawah pemerintahan Lim Guan Eng mengharamkan judi bola di Pulau Pinang sementara negeri di bawah pemerintahan UMNO menyokong judi bola.
Ustaz Nasa juga mengimbau kembali saat getir Kelantan yang punyai kelebihan satu kerusi pada tahun 2004 di mana UMNO pernah membawa 4 juta wang tunai kepada salah seorang Adun PAS Kelantan untuk melompat, tetapi mereka tolak bukan seperti Zahrain dan Fairus pejuang Agama, Bangsa dan Negara sejak dulu, kini dan selamanya.....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/