Di suatu sidang akhbar di Berjaya Penang Hotel, para pemberita meminta komen dari Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai RM525 juta yang dikatakan akan diderma oleh Vincent Tan.
CM Lim berkata itu tidak ada kena-mengena dengan Pulau Pinang. Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang sudah menulis surat kepada Ascot Sport mengenai keputusan kerajaan negeri untuk tidak membenarkan judi bola di Pulau Pinang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 101(v).
Vincent Tan juga dilaporkan akan menyeru kerajaan P. Pinang untuk mempertimbangkan keputusan itu. CM Lim berkata itu cuma sekadar berita dan mereka tidak ada menerima sebarang rayuan dari Ascot Sport sehingga kini.
Sekiranya Ascot Sport ingin menjalankan aktiviti judi bola melalui telefon, CM Lim kata hal itu terjatuh di bawah kuasa polis dan pihak berkuasa lain.
Apabila pemberita bertanya kepada Lim apakah tindakan yang akan diambil oleh Pulau Pinang, Lim berjawab, "Itu di bawah kerajaan pusat, tanya Perdana Menteri atau Menteri Kewangan. Tanya kepada pihak yang berkenaan."
Sementara itu dalam jawapan bertulis hari ini di parlimen, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum mencapai sebarang keputusan dan syarat-syarat berhubung soal pelesenan judi sukan.
“Kerajaan belum mengeluarkan lesen kepada Ascot Sports bagi membolehkan operasi pertaruhan di Malaysia,” kata kementerian.
“Jawapan ini sangat mengejutkan sebab seminggu lalu, Vincent berkata seolah-olah beliau sudah ada lesen. Jadi siapa yang mengelirukan publik?” kata beliau kepada wartawan di lobi bangunan Parlimen.
Kelmarin, Tan merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.
* Alahai kerajaan UMNO/BN...kata dah lulus tetapi tak keluar lesen lagi pulak....tetapi Vincent Tan dah melalak...macam dah berahi tetapi tak terpancut lagi...he..he..he..poning kopalo den..kato orang nagori 9...Chegu Bard
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/