SharpShooter Followers

Monday, June 07, 2010

Pemuda UMNO upah 15,000 untuk tutup kemaluan

Pemuda Umno mahu mengupah lebih 15,000 penyokong Barisan Nasional untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap keganasan rejim Zionis Israel yang menyerang dan menawan kapal misi kemanusiaan MV Marmara ke Semenanjung Gaza minggu lalu.

Ini berikutan insiden yang memalukan apabila rakyat Malaysia memulau demonstrasi anti-Zionis Israel anjuran Pemuda Umno dengan hanya kehadiran kira-kira 100 penyokong di Masjid Negara Jumaat lalu.

Lantas Pemuda Umno dikatakan bercadang mengadakan demonstasi secara tertutup di Stadium Bukit Jalil pada 12 Jun depan untuk menunjukkan kepada rakyat mereka juga mampu menandingi sokongan padu rakyat yang diberikan kepada demonstrasi Pakatan Rakyat bersama badan bukan rakyat dari Masjid Jamek Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat Jumaat lalu.

Lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat dengan penyerahan memorandum kepada Presiden Barack Obama oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kerajaan Umno-BN dikritik hebat kerana lembab menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel ke atas aktivis kempen kemanusiaan 'Lifeline For Gaza' yang membawa bantuan kepada penduduk Semenanjung Gaza.

Hanya setelah 48 jam berlalu barulah kenyataan rasmi pertama kerajaan dikeluarkan berhubung insiden serangan tersebut yang lantas mengaitkan kegagalan tersebut kepada unsur pengaruh firma komunikasi pro Zionis, Apco Worldwide yang diupah oleh Umno-BN.

Najib sebenarnya tidak iktiraf Khairy sebagai Ahli Parlimen Rembau sebab itu Najib tidak lantik Khairy sebagai Menteri.

Najib juga tahu sebenarnya Khairy tewas kepada Chegu Bard di Rembau tetapi setelah lampu terpadam, tiba-tiba Khairy menang pula.

Chegu Bard bawa kes itu ke Mahkamah tetapi apakan daya...mahkamah 1 Malaysia 1 Israel...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/