SharpShooter Followers

Wednesday, June 30, 2010

Harapan Asia musnah

Jepun wakil tunggal benua Asia Piala Dunia 2010 akhirnya tersingkir bila tewas tendangan penalti 5-3 setelah terikat tanpa jaringan.

Satu perlawanan yang menarik. Jepun harus berbangga.

Tetapi Malaysia.....lu fikir la sendiri...



Pertahanan Jepun, Yuichi Komano gagal merembat masuk tendangan penalti selepas masa tambahan pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2010 antara Paraguay-Jepun yang berkesudahan 5-3 melalui penentuan sepakan penalti yang pertama pada kejohanan berprestij itu di Stadium Loftus Versfeld di Tshwane/Pretoria malam tadi.

Kemenangan dalam pusingan kedua kalah mati itu menjadikan Paraguay pasukan keempat dari Amerika Selatan layak ke suku akhir selepas Argentina, Brazil dan Uruguay, manakala kekalahan Jepun menyaksikan Asia tidak mempunyai wakil selepas Korea Selatan turut tersingkir.


“Tuhan memihak kami. Kini kami mahu nikmati lagi,” kata jurulatih Paraguay, Gerardo Martino yang menangis pada penghujung babak penentuan penalti itu.

“Kami tidak pernah layak sejauh ini,” kata penyerang, Oscar Cardozo yang muncul wira dengan penalti kemenangan pasukan.

Paraguay akan menentang pemenang perlawanan Sepanyol atau Portugal di suku akhir nanti.

Paraguay menguasai saingan pada babak pertama tetapi Jepun mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol terutama pada minit ke-22 rembatan pemain tengah, Daisuke Matsui dari jarak 25 meter dinafikan palang gol.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/