Menurutnya, adalah tidak adil ekoran kerajaan negeri Pulau Pinang tidak diberikan dana itu secara terus sedangkan Melaka diberikan RM30 juta untuk menguruskan tapak warisan.
”Kenapa beri dana kepada Khazanah untuk diuruskan? Ia merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan itu bukanlah kemahiran mereka untuk menguruskan dana tersebut.
”Ini jelas merupakan diskriminasi dan ia menghukum kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.
Beliau berkata, keengganan kerajaan untuk membenarkan Pulau Pinang mengakses dana sendiri kerana negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) manakala Melaka di bawah Barisan Nasional (BN).
”Kerajaan tidak seharusnya berat sebelah mengenai hal ini. Ini berkaitan dengan warisan dan kita harus berbangga mengenainya. Kerajaan perlu memberi layanan yang adil apabila berhubung dengan hal warisan,” katanya.
Katanya, setakat ini Pulau Pinang membelanjakan RM3 juta daripada RM20 juta peruntukan yang diberi Khazanah namun beliau tidak mendedahkan butir-butir lanjut mengenainya.
Dalam pada itu, perkara tersebut cuba ditekankan Guan Eng ketika sesi soal jawab dalam dewan sebelum ini.
Namun pihak Kementerian Kewangan dalam jawapan balasnya mengatakan RM25 juta peruntukan ditarik balik ke atas Pulau Pinang ekoran kerajaan membentuk pembangunan Khas tapak warisan bersejarah seperti yang dikehendaki oleh Unesco.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, RM20 juta itu ditarik balik kepada Khazanah untuk membangunkan bangunan warisan di Pulau Pinang.
”Adakah pihak menteri akan memberi jaminan bahawa kami juga akan dapat dana itu secara terus seperti Melaka?
Kami tidak mahu situasi di mana satu negara tetapi wujud dua sistem yang mengendalikan hal ini,” katanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/