SharpShooter Followers

Thursday, June 10, 2010

Polis 1 Malaysia 1 Israel samseng Pekida, Perkasa, Pemuda UMNO

Kejadian Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Lim Ching How dan pembantunya Mohd Zuhudi Ahmad yang didakwa dibelasah oleh Ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) dan juga Pemuda Umno Gombak, adalah satu sikap samseng yang tidak boleh diterima oleh masyarakat.

Kedua mereka telah dibelasah dengan teruk sehingga mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas di Jalan TIB 1, Taman Industri Bolton, Batu Cave semalam berikutan aduan daripada Persatuan Amal Yee Lan Sheng Hui Gombak yang mendakwa sekumpulan lelaki telah merosakkan papan tanda yang telah dipasangkan di tempat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata pada sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi tadi menjelaskan perkara yang berlaku itu sangat serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Perkara tersebut sangat penting dan kita tidak boleh biarkan ia berulang lagi kepada anggota ahli majlis yang lain, kita hanya menjalankan tugas mengikut apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang tetapi apa yang saya kesalkan ada lagi segelintir rakyat Malaysia ini masih mengamalkan sikap samseng dan tidak mematuhi undang-undang.

"Dalam kejadian semalam, anggota polis juga berada ditempat kejadiaan tetapi tidak ada tindakan di ambil oleh mereka samada menahan atau membuat tangkapan. Ini yang paling saya kesalkan kenapa polis tidak bertindak dengan segera sedangkan rakan kerja kita dipukul depan mereka, adakah mereka takut ataupun sebaliknya.

"Kerajaan negeri mengambil berat tentang kejadian tersebut dan saya sendiri akan menghubungi Ketua Polis Selangor agar tindakan segera diambil selain mendapatkan penjelasan kenapa tidak ada penahanan dibuat semasa kejadian sedangkan ia berlaku di hadapan anggota polis.

"Perkara ini perlu disegerakan kerana rakyat akan melihat kegagalan polis mengambil tindakan menyebabkan mereka berada dalam ketakutan kerana keselamatan mereka tidak akan terjamin lagi lebih-lebih lagi keganasan yang dilakukan oleh anggota pertubuhan yang dikenali ramai," jelas Ronnie.

Ahli Majlis Selayang, Lim Ching How yang turut berada pada sidang media tersebut memberitahu beliau tempat kejadian apabila menerima aduan terdapat sekumpulan lelaki telah merobohkan papan tanda.

"Saya ke tempat kejadian di Jalan TIB 1, Taman Industri Bolton Batu Cave apabila menerima aduan dari Persatuan Amal Yee Lan Sheng yang mengatakan terdapat sekumpulan lelaki melayu telah merobohkan papan tanda yang telah dipasang.

"Apabila saya sampai ditempat kejadian sekitar jam 11.30 pagi, saya telah bertanya kepada kumpulan terbabit kenapa merobohkan papan tersebut dan pada masa itu saya melihat mereka semua memakai pakaian yang menggunakan logo Perkasa.

"Tanpa menjawap pertanyaan saya mereka telah bertanya kepada saya "Siapa saya", saya memberitahu bahawa saya adalah Ahli Majlis MPS Selayang dan mengherdik saya "Apa besar sangatkah Ahli Majlis", dan pada masa yang sama mereka semua telah menyerang saya dengan menumbuk, menendang, menyepak dan ada diantara mereka menggunakan senjata memukul saya.

"Dalam masa saya dipukul saya terdengar mereka berkata "Apa Menteri Besar, banyak besarkah, panggil dia datang jumpa saya, ini tanah kepunyaan Melayu".Ketika saya jatuh akibat dipukul datang anggota polis memeluk saya dan meminta kumpulan terbabit agar tidak memukul saya lagi, tetapi kumpulan tersebut tidak mengendahkan arahan anggota polis tersebut.

"Ketika saya dibawa ke sebuah kedai kopi berhampiran kumpulan terbabit masih mengejar dan memukul saya. Setelah selamat saya menelefon Ketua Polis DaerahGombak dan beliau memberi jaminan akan menghantar anggotanya ke tempat kejadian. Setelah anggota polis itu sampai, mereka bertanya adakah saya mengenali siapa yang telah memukul saya. Pada masa tersebut kumpulan terbabit datang untuk memukul saya lagi tetapi dihalang oleh anggota polis, tetapi mereka tidak menghiraukan amaran yang diberikan oleh pihak polis malah mencabar pihak polis.

"Apa yang saya kesalkan adalah kenapa pihak polis yang berada ditempat kejadian tidak mengambil tindakan menahan atau menangkap kumpulan terbabit walaupun ia berlaku dihadapan mereka. Saya telah membuat laporan polis di Balai Selayang pada jam 3.15 petang dan selepas itu membuat pemeriksaan kesihatan.

"Akibat dari kejadian tersebut saya telah mengalami kecederaan di kepala, mata sebelah kiri, bibir, luka dikaki kanan dan kiri selain bengkak dibelakang pinggang dan juga leher," terang ching How.

Seorang lagi mangsa yang dipukul oleh kumpulan lelaki terbabit, Mohd Zuhudi Ahmad memberitahu beliau menerima panggilan telefon daripada Ching How meminta saya ketempat kejadian kerana terdapat kekecohan telah berlaku.

"Saya menerima panggilan dari Lim pada jam 11.20 pagi yang meminta saya ke tempat kejadian kerana terdapat kekecohan telah berlaku. Apabila sampai saya dapati terdapat ramai orang berada di tempat tersebut dan beberapa orang Pemuda umno dan Pekida yang saya kenali telah memukul Lim.

"Apabila saya bertanya apa yang telah berlaku, mereka menghalau saya agar jangan masuk campur dan semasa saya berpaling satu tendangan telah berlaku di belakang kepala dan belakang saya sehingga saya terjatuh di atas jalan raya. Dalam masa yang sama beberapa orang dari kumpulan terbabit telah menendang perut saya sehinggalah saya dapat menyelamatkan diri," jelasnya.

Beliau juga telah membuat satu laporan polis di balai yang sama dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Ronnie menyifat golongan yang tidak berpuas hati dengan kelulusan permit tanah kepada Persatuan Yee Lan Sheng Hui Gombak tidak sepatutnya menjadikan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai sasaran tindakan kekerasan.

Katanya, isu melibatkan tuntutan ke atas tanah seluas kira-kira 2,400 kaki persegi itu sepatutnya boleh diselesaikan secara perbincangan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/