SharpShooter Followers

Monday, June 14, 2010

Kesatuan Kakitangan Northport berdemo bantah kapal Israel berlabuh di Klang

Laporan berita TV9



Kira-kira 100 ahli Kesatuan Kakitangan Northport (Malaysia) Bhd (NMB) hari ini berdemonstrasi secara aman di hadapan pintu utama kontena Terminal 1 di sini bagi mendesak kerajaan tidak membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara.

Presidennya, Ahmat Abu, berkata pihak berkuasa di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan operator pengendalian terminal pelabuhan seharusnya lebih peka dan bertindak secara kolektif, telus dan berani selaras dengan semangat bersatu menentang kekejaman Israel.

"Kami mendesak pihak berkuasa di LPK, Northport, Westports dan Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan pendirian bagi memboikot kemasukan kapal-kapal dari Israel sama ada untuk tujuan dagangan atau tujuan lain, melakukan persinggahan di pelabuhan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kesatuan itu akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung kemasukan kapal Israel ke Pelabuhan Klang kepada pengurusan Northport hari ini.

Sebelum ini, kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei dan 7 Jun lepas menimbulkan persoalan kerana Malaysia dan Israel tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa kapal kargo Israel dibenar memasuki pelabuhan di negara ini untuk tujuan perdagangan.


Sharpshooter :- Masyarakat Melayu terutamanya masih tidak peka langsung dengan Isu Israel ini. Sensitiviti seolah-olah sudah tidak ada di kalangan masyarakat Melayu Islam.

Begitu juga dengan isu lesen judi bola. Adakah Melayu akan terus diperbodohkan oleh Utusan dan TV1 dan TV3 dari dulu kini dan selamanya.


Jika kita tanya orang Melayu adakah mereka tahu kapal Israel berlabuh di Malaysia dan APCO menjadi penasihat Malaysia...mereka akan jawab.." hangpa jangan dok bohonglah...ini semua propaganda Anwar yang gila nak jadi Perdana Menteri". Tambahnya lagi..."Mana boleh peliwat jadi Perdana Menteri?"..." Kita sekarang hidup aman damai...hangpa nak apa lagi...? "

Semoga Allah bukakan hati2 mereka-mereka yang masih percaya hanya UMNOlah satu-satunya payong orang Melayu..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/