Lebih menyedihkan apabila kelengkapan dan wang tunai untuk keperluan perkahwinan dua orang anak En. Haniapah yang akan dilangsungkan pada 12 Jun turut musnah.
Petugas dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Bagan Jermal yang sejak awal berada dilokasi kejadian telah berusaha menenangkan sambil melakukan kerja-kerja pengurusan untuk membantu mangsa.
Seperti yang di tetapkan oleh Kerajaan Pulau Pinang bahawa mangsa kebakaran atau bencana akan menerima bantuan dalam masa 24 jam, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menghulurkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan.
Ini diikuti dengan bantuan dari Tabung Tuan Yang Terutuma yang disampaikan oleh Pejabat Daeran Dan Tanah, Seberang Perai Utara. Bantuan juga turut diberilan oleh ahli korporat dan individu tertentu.
Buat masa ini sebahagian dari mangsa telah ditempatkan di sebuah rumah berdekatan yang disewa oleh ADUN Bagan Jermal Saudara Lim Hock Seng dan sebahagian lagi menumpang di rumah saudara mara yang berdekatan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng dengan diiring Saudara Abdul Malik Abul Kassim, Saudara Lim Hock Seng dan Saudara Phee Boon Poh yamg masing-masing merupakan EXCO kerajaan Pulau Pinang, telah menyampaikan bantuan. Batuan dari Pusat Urus Zakat juga telah disampaikan oleh Saudara Abdul Malik pada hari yang sama.
Adalah diharapkan dengan bantuan tersebut dapat meringankan masalah yang dihadapi dan tiga keluarga tersebut dapat bersabar menghadapi ujian dari Allah. Juga diucapkan selamat pengantin baru kepada dua orang anak en. Haniapah yang akan melangsungkan perkahwinan.
JAMAL AHMAD
PEG. SERANTA ADUN BAGAN JERMAL
016-4763565
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)