SharpShooter Followers

Saturday, June 12, 2010

Afrika Selatan dan Perancis kongsi seri tetapi UMNO kongsi judi


Pengadil keempat perlawanan pembukaan Piala Dunia antara Afrika Selatan dan Mexico, Subkhiddin Mohd Salleh (tiga, kiri) dari Malaysia. Perlawanan Piala Dunia yang beraksi di Afrika Selatan bermula malam tadi hingga 11 Julai depan. Tayangan perlawanan secara langsung akan disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro dan menerusi telefon bimbit.

Pemain tengah Afrika Selatan, Siphiwe Tshabalala (belakang) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pertama pada perlawanan pembukaan tuan rumah menentang Mexico pada Piala Dunia 2010 di Johannesburg, Afrika Selatan.

JOHANNESBURG: Afrika Selatan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Mexico pada perlawanan pembukaan Piala Dunia malam tadi.

Gol Afrika Selatan dijaringkan Siphiwe Tshabalala pada minit ke-54 sementara pemain tengah, Rafael Marquez menyumbat gol penyamaan Mexico pada minit ke-79.

Manakala perlawanan kedua peringkat Kumpulan A, awal pagi tadi sekadar menyaksikan Perancis dan Uruguay berkesudahan seri tanpa jaringan pada hari pembukaan Piala Dunia, semalam.

Malang menimpa Uruguay apabila terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain pada sembilan minit terakhir perlawanan di Cape Town selepas pemain Nicolas Lodeiro diperintah keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua.

Namun, peluang itu gagal dimanfaatkan Perancis untuk mencuri tiga mata penuh kerana Uruguay lebih banyak menekankan corak permainan bertahan.

Keputusan seri itu menyaksikan Perancis dan Uruguay tidak berpeluang menduduki tangga teratas peringkat kumpulan selepas Afrika Selatan dan Mexico turut terikat seri pada perlawanan terdahulu.

Namun begitu di Malaysia, Polis 1 Malaysia 1 Israel memberi amaran keras kepada taukeh judi bola haram dan akan memburu mereka hingga ke lubang cacing jubur Saifol.

Polis yang memang menjadi barua dan pencacai Najib Apco terpaksa akur dan ikut kehendak Najib dan suaminya Rosmah kerana Ustaz Vinsent Tan telah sudi menderma RM525 juta kepada badan kebajikan kerana memperolehi lesen judi bola tanda halal.

Selepas UMNO Terengganu memberi sokongan penuh kepada lesen judi bola tanda halal ini, kini UMNO Teluk Kemang turut menyatakan sokongan penuh secara terbuka lesen judi bola tanda halal dan atas usaha amal jariah murni Ustaz Vinsent Tan ini.

Hanya UMNOlah satu-satunya pejuang Agama, Bangsa dan Negara serta judi bola tanda halal. Syabas...teruskan usaha murni anda...

Sharpshooter - sokong bawa rebah...kah..kah..kah...








* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/