Dalam gambar tersebut adalah YB Dr Mansor Othman TKM1 P.Pinang, YB Ustaz Salleh Man Adun Permatang Pasir, YB Tan Hock Leong Adun Machang Bubuk dan Roslan Yahaya Pegawai Daerah SPT.
Ingat tak isu ini. Kalau sudah lupa boleh layari semula di sini.
Isunya apa? Kesnya Apa? Siapa dia? Mengapa? Bila? Di Mana?....
Sharpshooter menerima aduan dari suami mangsa dan terus bertemu dengannya. Beliau menceritakan segala-galanya termasuk menyerahkan laporan polis (untuk baca klik pada gambar)dan bahan bukti rakaman kepada sharpshooter.
Yang aneh dan peliknya dalam kes ini, isteri mangsa ditukarkan 24 jam ke tempat lain, sedangkan bosnya tidak diambil apa-apa tindakan.
Lebih menariknya bosnya bersumpah laknat mengatakan bahawa beliau difitnah dan menjadi mangsa. Alamak macam sumpah laknat Saiful pula.
Sumpah laknat Saiful kita kata fitnah tetapi dalam sumpah laknat bos ini kita terima pula. Alamak.... takkan macam tu kot kita kendalikan kes.
Di manakah keadilannya. Di manakah letaknya slogan CAT? Di manakah letaknya slogan "amar makruf nahi mungkar".
Yang salah tetap salah...keadilan wajib ditegakkan...katakan benar walaupun pahit...
Sehubungan dengan itu, sharpshooter telah buat surat rasmi kepada Lim Guan Eng dan salinan kepada YB Lydia Ong Exco Pembangunan Wanita P.Pinang, YB Mansor Othman TKM 1 P.Pinang, YB Malik Kassim Exco Agama, YB Law Choo Kiang dan Anwar Ibrahim. Salinan laporan polis dan bahan bukti akan diserahkan bersama surat tersebut dalam masa terdekat.
Sharpshooter guna saluran dalaman dulu. Biar mereka ambil tindakan dan selesaikan. Jangan sampai sharpshooter muncul di TV3 buat kali kedua macam kes Fairus sudahlah...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/