SharpShooter Followers

Tuesday, June 15, 2010

Bik Mama wanita pertama bukan Permaisuri Agong - Najib

Kedudukan Raja Permaisuri Agong adalah lebih tinggi daripada “wanita pertama” kerana kedudukan baginda diberi keutamaan seperti yang termaktub dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata tanggapan bahawa gelaran wanita pertama merujuk kepada Raja Permaisuri Agong adalah tidak tepat.

Katanya terminologi wanita pertama tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru menyamakan Raja Permaisuri Agong dengan terminologi tersebut adalah tidak tepat sama sekali.

“Sekiranya ada dan diamalkan, wanita pertama di Malaysia mestilah berada di bawah daripada kedudukan Raja Permaisuri Agong,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sharpshooter :- Najib sudah pasti mempertahankan suaminya Bik Mama Rosmah. 1 Malaysia 1 Israel dah tahu...




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/