SharpShooter Followers

Tuesday, July 27, 2010

332 koperasi sudah gulong tikar.

Sebanyak 332 koperasi gulung tikar atau dibatalkan pendaftaran mereka sepanjang 2006 hingga setakat ini tahun ini, Dewan Negara diberitahu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata pelbagai langkah diambil oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia termasuk memberi bimbingan dan bantuan bagi mengelakkan koperasi daripada dibatalkan.

“Kita memang tidak mahu mereka ini gulung tikar atau dibatalkan pendaftaran. Tetapi setelah pemantauan dan bimbingan dibuat, memang didapati 332 koperasi ini sudah tidak dapat dibantu lagi,” katanya ketika menjawab soalan Senator Ahamat@Ahmad Yusup.

Menurutnya, koperasi yang rugi akan dibantu melalui program seperti pembangunan perniagaan, bantuan kewangan dan pinjaman mudah.

“Tahun lepas, kementerian memberikan geran bantuan pembangunan berjumlah RM15 juta kepada 231 buah koperasi manakala sebanyak RM78.1 juta diberikan kepada 163 koperasi melalui pinjaman mudah di bawah Tabung Modal Pusingan bagi mengelakkan koperasi dibatalkan pendaftaran,” katanya.

Selain itu, koperasi yang bermasalah tadbir urus akan dibantu untuk memperbaiki tadbir urus melalui khidmat nasihat oleh SKM di peringkat negeri dan wilayah.

Rohani berkata, antara sebab koperasi dibatalkan adalah disebabkan dorman, tiada aktiviti dan kedudukan kewangan yang lemah.

Sharpshooter :- TKM 1 P.Pinang, Mansor Othman galakkan koperasi ditubuhkan di seluruh Negeri P.Pinang, jika boleh setiap JKKK punyai satu koperasi.

Hingg
a kini sebanyak lebih 30 koperasi berjaya ditubuhkan. Tahniah kepada yang berjaya tubuhkan koperasi baru. Namun janganlah pula koperasi yang baru ini pula ikut jejak bertapak seperti 332 koperasi yang sudah gulong tikar.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/