Ketika dihubungi Suara Keadilan, Badrul Hisham aka CheGuBard memberitahu dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak polis soal siasat hanya tertumpu kepada aktiviti semasa lawatan beliau ke Jakarta dan bukannya isu surat terbuka kepada Yang DiPertuan Agong atau kenyataan berkenaan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
"Sebaik sampai dari Jakarta saya terus sahaja ke Pejabat KEADILAN Negeri Sembilan untuk mempengerusikan mesyuarat Cabang Rembau.
Apabila saya sampai di sana pihak polis seramai 15 orang telah mengepung pejabat tersebut dan mereka menyerahkan waran tangkap kepada saya.
Beliau berada di Jakarta selama enam hari bermula 4 Julai dalam rangka aktiviti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
"Saya di bawa ke Balai Polis Daerah (IPD) Seremban dan di sana pihak polis mengatakan saya ditahan di bawah Akta Hasutan seksyen 41 serta ada laporan dibuat oleh Pemuda Umno yang mengatakan penulisan saya di dalam blog mempunyai unsur hasutan. Apabila saya ingin melihat laporan tuduhan tersebut saya telah dinafikan hak.
"Polis mengatakan laporan tersebut dibuat terhadap surat terbuka saya kepada Yang DiPertuan Agong sempena hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang lalu dikatakan ada unsur hasutan dan menghina institusi raja. Keterangan saya cukup jelas surat terbuka saya itu hanya dengan niat untuk meningkatkan martabat Raja-Raja Melayu tidak ada langsung unsur hasutan.
"Apa yang dihairankan kalau laporan itu hanya tertumpu kepada laporan tersebut kenapa saya tidak dipanggil lebih awal lagi kerana laporan itu telah dibuat sebulan lebih selain itu juga soalan pihak polis lebih kepada lawatan saya ke Jakarta. Mereka ingin mengetahui apa tujuan saya ke sana adakah isu Altantuya menjadi agenda utama saya ke sana.
"Pihak polis juga menyoal saya tentang hubungan jaringan antarabangsa saya dengan negara luar yang lain adakah agendanya sama seperti apa yang saya lakukan di Jakarta," kata CheGuBard.
Tambahnya lagi selepas di soal siasat beliau di bawa ke rumahnya di Bukit Chedang, Seremban untuk digeledah bagi mencari bahan bukti kerana pihak polis telah mempunyai waran mengeledah rumahnya.
"Saya di bawa ke rumah setelah pihak polis menunjukkan waran geledah, semasa di sana mereka mencari buku nota dan juga komputer riba yang selalu saya gunakan.
Mereka tetap bertanya di mana saya letak komputer riba tersebut walaupun berkali-kali memberitau saya tidak mempunyai komputer riba dan segala kerja saya hanya mengguna komputer di Pejabat KEADILAN dan juga 'cyber cafe' sahaja. Walaupun mereka tidak menjumpai apa-apa bukti pihak polis tetap merakam gambar tempat ruang kerja saya," jelas beliau lagi.
Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan kali kedua diambil.CheGuBard juga tidak menolak kemungkinan pihak polis akan menyerbu pejabat KEADILAN Negeri Sembilan Isnin nanti kerana kenyataannya yang mengatakan beliau menggunakan komputer pejabat untuk urusan kerjanya.
Beliau memberitahu kebanyakan organisasi negara luar mahupun media antarabangsa tidak mengetahui cerita sebenar yang menimpa Altantuya malah anggapan mereka kes tersebut sudah selesai.
"Disebabkan oleh putar belit media Umno menyebabkan kebanyakan organisasi dan media negara luar tidak tahu cerita sebenar yang telah menimpa Altantuya. Apabila saya menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku serta pengedaran buku dan juga VCD barulah mereka tahu kenapa Altantuya di bunuh dan siapa dalang sebenarnya.
"Buku dan VCD sudah berada ditangan organinasi dan media disana, sekarang mereka membuat penilaian sebenar disebalik pembunuhan Altantuya. Saya pasti masyarakat luar juga menilai kenapa media negara ini perlu memutar belit berita yang sebenar," kata CheGuBard.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/