SharpShooter Followers

Saturday, July 17, 2010

Jenazah Hasmuzair dibawa ke Arau, Perlis untuk dikebumikan...

SG BULOH 17 Julai - Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Hasmuzair Hassan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori diKampung Subang kira-kira pukul 2 petang tadi.

Beliau dipercayai mangsa langgar lari oleh sebuah lori yang telah bergeser dan menyebabkan motosikal yang ditunggang beliau hilang kawalan danjatuh di jalanraya.

Butiran berkenaan lori termasuk nombor pletnya telah diberi kepada polis untuk siasatan lanjut.

Allahyarham, 33, meninggalkan isteri Nazylinda Abdullah, 29 tahun dan tigaorang anak, Nazzratul Alya, 6 tahun, Hasrul Alif, 5 tahun dan HasrulAfiq, satu setengah tahun.

Allahyarham adalah anak keempat daripada 11 adik beradik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berada di rumah mayat Hospital Sg Buloh bersama pimpinan AMK, kaum keluarga serta rakan seperjuangan menyifatkan Allahyarham Hasmuzair sebagai seorang yang ceria, aktif dan sentiasa bersedia untuk berkorban demi rakan dan parti.

"Arwah tidak pernah lekang dalam tugasnya, hingga tengah malam punsanggup bekerja untuk parti," kata Nik Nazmi.

Fariz Musa, rakan karib arwah dan juga Timbalan Ketua AMK Pusat menyuarakan kesedihan yang amat sangat atas kehilangan Allahyarham yang lbih disenangi dengan panggilan Jack.

"Jack merupakan seorang rakan dan bapa yang begitu baik, tiada ganti kehilangan beliau," kata Fariz yang masih tidak dapat menerima kehilangan rakan yang dikenali beliau selama lebih sedekad.

Solat jenazah telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Dr Badrulamin Bahron.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Hospital Sg Buloh selepas bedah siasat malam ini untuk dikebumikan pagi esok dikampung halamannya di Kampung Simpang Geti, KM2 Jalan Mata Air, Arau, Perlis.

AMK telah mewujudkan tabung bantuan bagi isteri beliau yang tidak bekerja serta tiga anak kecil Allahyarham untuk meringankan beban kehidupan keluarga yang ditinggalkan.

Ahli KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat, rakan serta orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada akuan Nazylinda di akaun Ambank nombor 0040024033611.

Al Fatihah.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/